Tempatan
Sarawak News, Tempatan - Thursday, July 3, 2008 10:00 - 0 Comments
Email This Post
|
Print This Post
Amalan inovasi, kreatif penting
Ia memastikan kelangsungan SME untuk kekal bersaing dan mapan
KUCHING: Amalan inovasi dan kreatif penting dalam memastikan kelangsungan perusahan kecil dan sederhana (SME) untuk kekal bersaing dan mapan dalam pasaran hari ini, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia Dato’ Jacob Dungau Sagan.
Beliau berkata, Malaysia berada pada kedudukan ke-22 dari segi kapasiti inovasi daripada kalangan 131 negara lain mengikut laporan oleh Daya Saing Global 2007-2008.
“Kapasiti inovasi merangkumi keupayaan sesebuah syarikat memperolehi teknologi, mengendalikan penyelidikan formal dan mengetengahkan produk keluaran terbaru.
“Prestasi Malaysia hari ini setanding dengan Iceland dan Singapura, tetapi beberapa negara Asia lain yang lebih baik prestasinya berbanding kita ialah Jepun, Korea dan Taiwan,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian Anugerah dan Sijil Konvensyen Kitaran Kreatif dan Inovasi (ICC) anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) semalam.
Berikutan itu, Jacob menyeru SME supaya mencari sesuatu yang lebih kreatif dan inovatif menerusi penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam perniagaan masing-masing.
“ICC yang diperkenalkan oleh MPC merupakan antara cara untuk meningkatkan daya saing syarikat melalui impak pengurangan kos, pengurangan pembaziran, memendekkan masa proses, peningkatan kualiti barangan dan perkhidmatan dan meningkatkan kepuasan pelanggan,” katanya.
Dalam pada itu, katanya ekonomi negara dijangka mengalami pertumbuhan pada kadar enam peratus, manakala pertumbuhan produktiviti negara pula dijangka sekitar empat peratus pada tahun ini.
“Bagi mengekalkan prestasi pertumbuhan ini, seluruh sektor ekonomi perlu mempergiatkan lagi pelaksanaan aktiviti dan program peningkatan produktiviti dan kualiti ke arah meningkatkan daya saing industri,” jelasnya.
Terdahulu, Ketua Pengarah MPC Dato’ Nik Zainiah Nik Abdul Rahman dalam ucapan aluannnya memberitahu, konvensyen itu merupakan antara beberapa siri konvensyen yang diadakan di seluruh negara oleh MPC bagi memilih kumpulan terbaik untuk mewakili setiap wilayah di peringkat kebangsaan, kelak.
Konvensyen ICC Wilayah Sarawak dan Sabah tahun ini disertai oleh 31 kumpulan melibatkan 300 peserta dari 23 organisasi termasuk dari syarikat multinasional, agensi kerajaan dan organisasi besar.
“Kita menyeru supaya peserta dapat mengamalkan apa yang dipelajari dalam konvensyen ini sebagai budaya penambahbaikan secara berterusan di tempat kerja masing-masing dalam usaha menyumbang ke arah peningkatan produktiviti, kualiti dan daya saing negara,” katanya pada majlis yang turut dihadiri oleh Pengarah MPC Sarawak Abdul Latif Abu Seman.
- Indeks jenayah daerah Sibu turun 36 peratus
- NREB rangka pelan induk pengurusan Bakun dengan kos dijangka RM2 juta
- Pemimpin politik dibidas
- The other global crisis
- S’wak berjaya kurangkan kadar kemiskinan: Fatimah
- 1,766 balak dan royalti bernilai RM4.3j dirampas
- Perlu sistem jalan raya baik
- ICU tenat, tidak berfungsi
- MECD sasar RM41.3 bilion sumbangan KDNK SCORE
Polls
Loading ...

RECENT COMMENTS