Tempatan
Sarawak News, Tempatan - Wednesday, July 23, 2008 10:00 - 0 Comments
Email This Post
|
Print This Post
S’wak bakal cipta rekod hasilkan kek lapis terpanjang pada 26 Julai
KUCHING: Sarawak bakal mencipta rekod dalam Malaysian Book Of Record dengan terhasilnya kek lapis terpanjang, pada 26 Julai ini di Tebingan Kuching.
Kek lapis sepanjang 14 meter ini dijual kepada pengunjung pada hari itu manakala kutipannya akan didermakan kepada rumah-rumah kebajikan sekitar Kuching.
Aktiviti ini merupakan salah satu program yang disusun sempena Program Gerak Usahawan, Showcase SDSI dan Showcase Usahawan Peringkat Negeri Sarawak 2008, yang akan berlangsung selama tiga hari mulai 25 hingga 27 Julai ini di Tebingan Kuching.
Pelbagai aktiviti telah disusun sepanjang program berkenaan seperti pameran dan jualan, Sarawak Kitchen yang meliputi 40 gerai, pameran SDSI, pameran agensi, klinik usahawan dan seminar perniagaan.
Selai itu, beberapa aktiviti sampingan turut memeriahkan lagi Tebingan Kuching.
Antaranya kuiz usahawan, pertandingan karaoke, pertandingan Vico tarik, pertandingan makan coklat terpantas, pertandingan Mr Vico & Miss Vochale, pertandingan tarian Shuffle, tarian poco-poco serta demo andaman dan masakan.
Sementara itu, RTM juga akan mengadakan siaran langsung program Jiran Sekampung pada petang 25 Julai dan program bermukum yang akan diadakan di Tebingan Kuching, 26 Julai mulai jam 10.00 malam.
Penduduk setempat dijemput menyaksikan sendiri pameran serta jualan berkenaan yang bermula jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam di Tebingan Kuching.
- Raja Petra disaman RM2j
- Program usahawan basmi kemiskinan: Naroden
- Tanah runtuh timbus KM7.8 Jalan Ulu Sg Yong
- Lubok Nibong hab pengeluaran beras Bajong
- Yong tiada hasrat rebut kedudukan tertinggi SUPP
- Kesihatan optimum jamin kejayaan hidup
- Terap budaya kreatif, bentuk negara berdaya saing
- SCORE lonjakkan KDNK S’wak sehingga lima kali ganda pada 2030
- Rakam adegan lucah bersama teman wanita, remaja 17 tahun ditahan



RECENT COMMENTS