Sarawak News, Tempatan - Written by mySarawak on Thursday, July 3, 2008 10:00 - 0 Comments

Email This Post Email This Post - Print This Post Print This Post

Pemimpin politik dibidas






Menteri Pelancongan bidas tindakan abai alam sekitar untuk ekonomi

KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan semalam membidas tindakan sesetengah pemimpin politik negara ini yang didakwanya sanggup mengadaikan kekayaan alam sekitar untuk keuntungan ekonomi.

Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, isu alam sekitar kebelakangan ini seperti rancangan penebangan pokok di Kedah, penggondolan tanah di Cameron Highlands and kecurian pasir di Selangor telah mencalit nama baik Malaysia, dan beliau bimbang akan kesannya kepada industri pelancongan.

“Saya khuatir tindakan tamak sesetengah (pihak) yang telah mengancam alam sekitar kita. Saya tak nak pelancong fikir Malaysia tidak peka kepada isu alam sekitar, seolah-olah kita menggalak alam sekitar kita diancam,” katanya selepas melawat ibu pejabat Bernama di sini, semalam.

Beliau berkata sedang kementerian itu bekerja keras untuk melindungi dan mempromosikan keindahan alam, terdapat pula pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba memusnahkannya.

Katanya, para pemimpin perlu lebih cermat dan mempratikkan pembangunan mapan.

“Kekayaan alam sekitar di negara ini adalah antara yang terbaik dan satu tarikan utama kedatangan pelancong asing. Orang datang nak lihat alam sekitar kita. Takkan sampai Malaysia ini botak, tak ada ini, tak ada itu,” katanya.

Azalina juga berkata beliau akan meminta peruntukan lebih besar daripada kerajaan dalam Bajet 2009 yang dijadual dibentangkan akhir Ogos ini.

Katanya kementerian juga akan terus mengadakan kempen promosi pelancongan di luar negara disebalik langkah kerajaan persekutuan yang meminta semua kementerian mengurangkan perbelanjaan.

Beliau berkata tidak seperti kementerian lain, Kementerian Pelancongan merupakan “kementerian yang perlu berbelanja” kerana ia perlu melabur sebelum boleh meraih keuntungan yang dianggarkan kira-kira 200 kali ganda daripada wang yang dibelanjakan.

Katanya perbelanjaan semasa kementerian bagi kempen promosi global ialah kira-kira RM250 juta.

“Kami perlu dan akan terus berbelanja bagi mendapatkan keuntungan lebih besar. Malahan dalam kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Kesembilan baru-baru ini, pelancongan telah dikenal pasti sebagai sektor yang akan menjana lebih banyak pendapatan kepada negara,” katanya.

— Bernama


Leave a Reply

Comment

Captcha
Enter the letters you see above.