Sarawak News, Tempatan - Written by mySarawak on Thursday, July 3, 2008 10:00 - 0 Comments

Email This Post Email This Post - Print This Post Print This Post

NREB rangka pelan induk pengurusan Bakun dengan kos dijangka RM2 juta






KUCHING: Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) akan merangka pelan induk pengurusan di kawasan tadahan Bakun yang dijangka menelan kos RM2 juta bagi mengawal aktiviti yang boleh menyumbang ke arah pencemaran di kawasan berkenaan.

Kontroler NREB Dr Penguang Manggil berkata, pelan induk yang menjadi keutamaan NREB itu juga merangkumi tapak hidroelektrik Murum.

“NREB telah memohon peruntukan ini dengan kerajaan agar dipertimbangkan dalam Penilaian Setengah Penggal bagi Pelan Pengurusan Kawasan Tadahan Bersepadu Bakun.

“Kajian projek ini juga bakal dilaksanakan di semua kawasan tadahan air di seluruh negeri ini,” katanya kepada media pada majlis sambutan Alam Sekitar Sedunia NREB Sarawak di Menara Pelita di sini, semalam.

Dr Penguang berkata, langkah itu penting untuk mengawal sebarang aktiviti sekurang-kurangnya lapan kilometer dari kawasan tadahan air.

Dalam pada itu, antara isu alam sekitar yang menjadi masalah di negeri ini ialah pencemaran air, udara dan pembuangan sisa pepejal.

Berikutan itu, NREB telah membentuk pelbagai garis panduan bagi menangani setiap permasalahan alam sekitar yang wujud.

“NREB merancang mewujudkan pangkalan data Sistem Maklumat Geo-Alam Sekitar, membentuk garis panduan alam sekitar, membentuk pelan induk alam sekitar serta beberapa inisiatif lain,” katanya pada majlis yang turut dihadiri oleh Walikota Majlis Daerah Samarahan Frederick Bayoi.


Leave a Reply

Comment

Captcha
Enter the letters you see above.

ADVERTISEMENT

My Proton Community
Fashion Original
Advertise with us

Free Newsletter

Enter your email for free Newsletter

E-mail:

Nation, Sarawak News - Jul 23, 2008 10:00 - 0 Comments

Govt assistance to benefit 15,000 school teachers

More In Nation


Sarawak News - Aug 19, 2008 10:00 - 0 Comments

Residents eagerly await arrival of much-talked about ‘Peh Moh’ YB

More In Sarawak News


Sarawak News, Tempatan - Jul 23, 2008 10:00 - 0 Comments

S’wak bakal cipta rekod hasilkan kek lapis terpanjang pada 26 Julai

More In Tempatan