Sarawak News, Tempatan - Written by mySarawak on Thursday, July 3, 2008 10:00 - 0 Comments

Email This Post Email This Post - Print This Post Print This Post

Indeks jenayah daerah Sibu turun 36 peratus

SIBU: Indeks jenayah bagi daerah Sibu mencatatkan penurunan sebanyak 36 peratus bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Shafie Ismail berkata, secara keseluruhannya, sebanyak 14 peratus jenayah kekerasan dicatatkan setakat ini tahun ini, manakala jenayah harta benda dicatatkan sebanyak 40 peratus.

Beliau turut menyatakan bahawa secara keseluruhannya, masih terdapat peningkatan bagi kes-kes jenayah curi motosikal dan pecah rumah.

“Meskipun, situasi semasa bandar Sibu kini berada di tahap yang selamat, namun kadar kes jenayah curi motosikal dan pecah rumah masih tinggi,” ujarnya ketika ditemui Utusan Borneo di pejabatnya semalam.

Menyentuh mengenai kecekapan pasukan unit peronda (MPV), Shafie menjelaskan bahawa pasukan terbabit hanya mengambil masa sekurang-kurangnya 10 minit sebelum tiba di tempat kejadian bagi membantu siasatan terutamanya bagi kes yang belaku di kawasan pusat bandar Sibu.

“Jika pasukan terbabit tiba lebih daripada tempoh tersebut, mereka perlu memberikan penjelasan yang munasabah, melainkan jarak perjalanan yang jauh,” katanya.

Selain itu, Shafie berkata pihak polis amat memerlukan kerjasama daripada anggota masyarakat bagi memberikan segala maklumat dalam membantu siasatan pihak polis, sekali gus membendung kegiatan jenayah.

“Orang ramai boleh menyalurkan maklumat mengenai sebarang kegiatan jenayah melalui panggilan telefon, surat-menyurat mahupun dengan cara sistem pesanan ringkas (SMS) kepada pihak polis. Kerjasama semua pihak amat diperlukan bagi membanteras kegiatan jenayah demi kepentingan bersama,” tegasnya.





Leave a Reply

Comment

Captcha
Enter the letters you see above.