Sarawak News, Tempatan - Written by mySarawak on Wednesday, July 2, 2008 10:00 - 0 Comments

Email This Post Email This Post - Print This Post Print This Post

S’wak berjaya kurangkan kadar kemiskinan: Fatimah






MUKAH: Sarawak berjaya mengurangkan kadar kemiskinan walaupun menghadapi cabaran besar seperti keluasan kawasan, keadaan geografi yang sukar dan struktur penduduk yang bertaburan.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah berkata, pada peringkat awal Sarawak mengecapi  kemerdekaan, kemiskinan amat berleluasa dengan kadar 56.5 peratus pada tahun 1976.

Beliau berkata, kadar kemiskinan Sarawak pada tahun 1985 ialah 31.9 peratus namun angka itu berkurangan kepada 7.5 peratus pada 2004, manakala dalam tempoh yang sama, kadar kemiskinan bandar berkurangan daripada 8.5 kepada 1.7 peratus.

“Usaha membasmi kemiskinan terus dipergiatkan. Hasilnya, kadar kemiskinan luar bandar 37.3 peratus pada 1985 merundum kepada 12.9 peratus pada 2004. Dalam pada itu, kita harus akur bahawa Garis Indeks Kemiskinan (PLF) telah meningkat dari RM429 (1987) kepada RM765 (2004).

“Ia dijangka meningkat lagi melihat kepada kenaikan kos sara hidup berikutan kenaikan harga minyak. Implikasinya ialah kadar kemiskinan berkemungkinan akan naik,” katanya pada Majlis Pelancaran Sarawak Task Force III di Dewan Suarah Mesra di sini, semalam.

Fatimah berkata, kemiskinan tidak wujud bersendirian, sebaliknya bersangkut paut dan memberi kesan kepada beberapa isu lain seperti pemakanan, kesihatan, perkembangan individu secara fizikal dan mental, persekolahan serta prestasi pendidikan yang seterusnya boleh memberi impak terhadap status sosioekonomi seseorang individu.

Menyedari hakikat itu, kita di Kementerian Pemodenan Pertanian serta Jabatan Pertanian khususnya Unit WEDA, telah menggembleng tenaga bersama Jabatan Kesihatan dan Jabatan Pelajaran untuk mewujudkan Sejahtera Task Force (STF).

“Matlamatnya ialah mensejahterakan kehidupan rakyat dengan menangani isu kemiskinan, kesihatan dan pendidikan serentak. Kumpulan sasar ialah keluarga miskin, mempunyai anak di bawah umur tujuh tahun yang mengalami kekurangan zakat makanan dan juga mempunyai kanak-kanak yang bersekolah,” katanya.

Beliau menjelaskan, dalam program mensejahterakan rakyat, Jabatan Pertanian akan memberi fokus kepada peningkatan pendapatan isi rumah dengan melatih suri rumah dalam kemahiran tertentu.

Katanya, teras ketiga dalam Misi Nasional di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) ialah untuk mengatasi ketidakseragaman dan ketidakseimbangan sosioekonomi secara konstruktif dan produktif.

Ia, ujarnya, melibatkan tiga usaha utama iaitu membasmi kemiskinan tegar menjelang 2010, mengurangkan kadar kemiskinan secara keseluruhan dan membangunkan kawasan yang kurang maju melalui Koridor Pembangunan.

“Kerajaan (Negeri) amat berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan terutama kepada Perdana Menteri kerana telah meluluskan peruntukan RM1.41 juta dan telah pun kami terima pada April 2008. Ini menunjukkan keprihatinan Kerajaan Persekutuan terhadap rakyat miskin di Sarawak dan keyakinan terhadap program menjayakan STF III,” katanya.


Leave a Reply

Comment

Captcha
Enter the letters you see above.

ADVERTISEMENT

My Proton Community
Fashion Original
Advertise with us

Free Newsletter

Enter your email for free Newsletter

E-mail:

Nation, Sarawak News - Jul 23, 2008 10:00 - 0 Comments

Govt assistance to benefit 15,000 school teachers

More In Nation


Sarawak News - Aug 19, 2008 10:00 - 0 Comments

Residents eagerly await arrival of much-talked about ‘Peh Moh’ YB

More In Sarawak News


Sarawak News, Tempatan - Jul 23, 2008 10:00 - 0 Comments

S’wak bakal cipta rekod hasilkan kek lapis terpanjang pada 26 Julai

More In Tempatan