Sarawak News, Tempatan - Written by mySarawak on Tuesday, July 1, 2008 10:00 - 0 Comments
Email This Post
-
Print This Post
Perlu sistem jalan raya baik
Pertumbuhan kawasan SCORE akan terhad jika perhubungan fizikal tidak dilaksana dengan berkesan
KUCHING: Sistem jalan raya yang baik perlu dibangunkan terlebih dahulu bagi menghubungkan kawasan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) sebelum pembangunan lain dilakukan.
Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Sarawak Datu Wan Kassim Tuanku Zubir berkata pertumbuhan serta pembangunan kawasan SCORE akan terhad jika perhubungan fizikal terutamanya jalan raya tidak dilaksanakan dengan berkesan.
Menurut beliau, ketika ini wilayah tengah Sarawak (Tanjung Manis, Mukah hingga ke Simalajau di Bintulu) masih tidak mempunyai rangkaian jalan raya yang lengkap dan banyak daerah pedalaman tidak dapat dihubungkan dengan jalan raya.
“Sistem jalan raya yang baik amat diperlukan bagi menerokai segala sumber-sumber tenaga yang terdapat di kawasan pedalaman seterusnya membolehkan sumber-sumber ini diagihkan dengan berkesan di seluruh koridor,” katanya panjang lebar ketika membentang kertas kerja bertajuk ‘Persiapan Ke Arah Pembangunan SCORE, pada Seminar SCORE di sini semalam.
Wan Kassim berkata terdapat empat objektif utama dikenal pasti bagi memastikan adanya rangkaian jalan raya yang lengkap untuk memberi perkhidmatan terbaik yang diperlukan di SCORE.
“Empat objektif tersebut adalah membolehkan pengangkutan barang dan bahan mentah yang efisien di sekitar wilayah, merancakkan pergerakan modal insan, membangunkan daerah pedalaman atau pembangunan pada masa akan datang dan menyediakan akses kepada sumber tenaga ke kawasan pertumbuhan,” katanya.
Wan Kassim berkata terdapat enam rangkaian jalan raya utama yang perlu dibangunkan di SCORE di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RM Ke-9) iaitu jalan ke tapak empangan Murum, kawasan perlombongan arang batu Nanga Merit, tapak empangan Baram, tapak empangan Baleh, skim agropolitan Tunoh dan tapak empangan Limbang.
Selain itu, beliau berkata SCORE perlu dilengkapi dengan pelabuhan moden bagi menyediakan kemudahan pengangkutan kepada industri-industri berat dan industri kejuruteraan marin.
“Perairan Tanjung Manis yang dalam iaitu terletak di muara Sungai Rajang misalnya amat sesuai untuk membina pelabuhan baru dan canggih.
Kedalaman air yang memanjang ke barat Tanjung Manis juga membolehkan pelabuhan dilebarkan.
“Pertumbuhan pesat industri perkayuan dan kelapa sawit serta kewujudan industri kejuruteraan marin menyokong kukuh pembinaan pelabuhan utama di Tanjung Manis,” ujarnya.
Beliau juga memberitahu perhubungan antarabangsa yang baik amat penting bagi memastikan kejayaan SCORE.
“Koridor mesti dilengkapi dengan perhubungan langsung iaitu perhubungan udara ke beberapa bandar utama dunia dan dalam wilayah berkenaan bagi menjadikannya destinasi pelaburan antarabangsa.
“Pada masa sama rangkaian pengangkutan udara domestik perlu dinaik taraf perkhidmatannya bagi membolehkan lebih ramai orang dapat pergi ke kawasan pedalaman.
“Ini secara tidak langsung membuka kawasan sekitar SCORE kepada pelancong.
“Oleh itu kita memerlukan sebuah lapangan terbang dibina di kawasan ini,” katanya.
Nation, Sarawak News - Jul 23, 2008 10:00 - 0 Comments
Govt assistance to benefit 15,000 school teachers
More In Nation
- Move to help children without birth certificates
- Rulers not merely complementing
- Najib committed to power transition plan
- Full support for Abdullah and Najib
- MP suggests independent prosecutors
Sarawak News - Aug 29, 2008 10:03 - 0 Comments
Anwar is just a brag: Taib
More In Sarawak News
- Apt and timely launch of book on Constitutional Federalism in M’sia
- Anwar sworn in; bares fangs on first day in parliament
- Tu menua kenyalang, ukai menua katak: Masing
- Assault: Student sues cops, govt for over RM250,000
- Ten more rotating CCTVs for towns, commercial centres
Sarawak News, Tempatan - Jul 23, 2008 10:00 - 0 Comments
S’wak bakal cipta rekod hasilkan kek lapis terpanjang pada 26 Julai
More In Tempatan
- Raja Petra disaman RM2j
- Program usahawan basmi kemiskinan: Naroden
- Tanah runtuh timbus KM7.8 Jalan Ulu Sg Yong
- Lubok Nibong hab pengeluaran beras Bajong
- Yong tiada hasrat rebut kedudukan tertinggi SUPP



Leave a Reply