Sarawak News, Tempatan - Written by mySarawak on Tuesday, July 1, 2008 10:00 - 0 Comments
Email This Post
-
Print This Post
MECD sasar RM41.3 bilion sumbangan KDNK SCORE
KUCHING: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) menetapkan unjuran Penunjuk Indeks Prestasi (KPI) dengan mensasarkan pencapaian berjumlah RM41.3 bilion bagi sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) menjelang 2030.
Ketua Setiausaha MECD Dato’ Musa Mohamad ber-kata, sumbangan itu merupakan antara strategi teras yang dimainkan oleh kementerian bagi memastikan kejayaan usahawan Bumiputera dalam ledakan arus pembangunan SCORE.
Musa menjelaskan, strategi itu melibatkan pembangunan modal insan yang terdiri daripada pembudayaan dan latihan keusahawanan serta latihan kemahiran.
“Akur kepada keperluan dan kepentingan penglibatan masyarakat usahawan tempatan Bumiputera agar tidak tercicir dalam arus pembangunan SCORE, maka adalah penting sinergi penggabungan tenaga dan kerjasama erat pelbagai agensi kerajaan dan swasta, ” katanya.
Membentangkan resolusi pada penutupan seminar SCORE di sini semalam, Musa berkata, strategi lain yang terkandung dalam resolusi itu ia-lah mewujudkan peluang-peluang perniagaan baru, penyediaan khidmat sokongan dan bantuan khidmat nasihat serta galakan gerakan koperasi.
Hadir pada penutupan seminar dua hari itu ialah Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan Bumiputera) Mohd Naroden Ma-jais dan Penasihat Unit Pembangunan Usahawan Bumipu-tera di Pejabat Ketua Menteri Dato’ Adzmy Abdullah.
Musa menarik perhatian, sasaran lain MECD dalam menetapkan unjuran KPI ialah mewujudkan 60,000 usahawan baru Bumiputera berkualiti, memantapkan keupayaan 10,000 enterpris sedia ada, mewujudkan 350 koperasi baru, membangunkan 40,000 golongan profesional Bumiputera dan mewujudkan 160,000 tenaga mahir dalam pelbagai keperluan industri.
Beliau memberitahu, lima sektor utama iaitu minyak dan kejuruteraan marin, besi, aluminium dan kaca, pertanian, pelancongan serta kelapa sawit dan perkayuan mampu meningkatkan kualiti hidup rakyat negeri ini.
“Jumlah peluang-peluang perniagaan baru yang boleh diceburi oleh Bumiputera berdasarkan lima sektor itu mampu menyediakan sebanyak 105 peluang perniagaan,” jelasnya.
Musa menegaskan, SCORE merupakan inisiatif kerajaan untuk menterjemahkan Sara-wak sebagai sebuah negeri maju menjelang 2020.
Justeru, melalui pertumbuhan ekonomi mapan di samping meningkatkan kualiti dan taraf hidup rakyat beberapa cabaran perlu dihadapi seperti jurang pembangunan luas bandar dan luar bandar, pendapatan penduduk luar bandar rendah, kemiskinan tegar dan infrastruktur dipertingkatkan.
Musa berkata, cabaran lain termasuk mengurangkan kebergantungan terhadap minyak dan gas sebagai sumber tenaga utama negara, memperluas sektor pembuatan, mengoptimum tanah rizab Bumiputera dan mempunyai tenaga mahir berpengetahuan tinggi.
“Sarawak mempunyai kelebihan dengan kekayaan sumber asli, selain mempunyai potensi besar dalam pembangunan hartanah serta mempunyai kedudukan pelabuhan strategik bagi tujuan perdagangan rantau Asia Pasifik,” ujarnya.
Katanya, penglibatan pelabur asing dan swata yang mengguna pakai sumber tenaga asli sudah pasti mampu menjayakan hasrat Sarawak menjadikan SCORE sebagai pusat pertubuhan ekonomi kompetitif.
Local, Sarawak News - Oct 10, 2008 0:03 - 0 Comments
Najib goes for Umno No. 1 post
More In Nation
- PM’s decision will not affect economy
- HFMD situation under control, says officer
- Pak Lah: I’m leaving … MARCH 2009
- Police launch probe on Penan girls’ allegations
- No closure of kindies, nurseries in Sibu
- Make Kuching a preferred golfing destination
- AirAsia announces more flights for S’wak
Iban, Sarawak News - Oct 8, 2008 23:34 - 0 Comments
Penyerakup pugu pengering rayat: Taib
More In Iban
- HPPN ngayanka mayuh macham pemansang
- Kes ngayahka indu Penan, awakka polis nasat dulu: Dr Chan
- Tiga menyanak mujur munuh ular sawa
- Penerbai bilun Macau-Kuching-Bali deka dibuka baru, ku Manyin
- Nembiak OUM karam dipelaba parai lemas
- Jabu mega nyukung Sarawak ngembuan stisin TV kediri empu
- Kompeni ari menua China ngaga empang Long Murun
Sarawak News, Tempatan - Oct 8, 2008 23:29 - 0 Comments
Semua pihak harus berwaspada: Dr Chan
More In Tempatan
- Jangan spekulasikan isu: Dr Chan
- Wartawan asing putar belit isu diminta keluar dari S’wak
- Tadika diarah tutup 10 hari selepas tiga kanak-kanak dikesan punyai simpton HFMD di Miri
- Jangan permain isu tanah
- Belum sedia parti tunggal
- Kes HFMD dijangka meningkat
- Tidak perlu ada rakan pasukan: Dr Mahathir
mySarawak


Leave a Reply