Sarawak News, Tempatan - Written by mySarawak on Tuesday, July 1, 2008 10:00 - 0 Comments
Email This Post
-
Print This Post
ICU tenat, tidak berfungsi
Unit yang ditubuhkan untuk bantu Bumiputera Sabah, Sarawak itu ‘tidur’
MIRI: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Tan Sri Bernard Giluk Dompok menyifatkan Unit Penyela-rasan Perlaksanaan (ICU atau Implementation Co-ordinating Unit) yang ditubuh untuk menjaga kepentingan kumpulan Bumiputera minoriti di negeri Sabah dan Sarawak sebagai tenat kerana tidak aktif dan ‘tidur’.
Ini kerana katanya, mereka yang dilantik untuk menguruskan unit tersebut tidak memahami sepenuhnya masalah yang dihadapi oleh penduduk mengakibatkan unit tidak bergerak dan berfungsi.
Justeru beliau mencadangkan agar pegawai tempatan dari Sabah dan Sarawak dipertanggungjawab untuk menguruskan unit itu melihat kepada pengalaman dan pengetahuan mendalam mereka tentang penduduk tempatan.
“Unit ini adalah untuk melihat hal ehwal dan apa yang perlu dibuat kepada Bumiputera Sabah dan Sarawak. Walaupun telah lama ditubuhkan, tidak banyak yang telah dilakukan oleh unit kepada ahli,” jelasnya ketika merasmikan sambutan hari Gawai Dayak-Kaamatan anjuran bersama Dewan Per- niagaan dan Perindustrian Kadazandusun (KCCI) dan Dewan Perniagaan dan Per-industrian Dayak (DCCI) di sini kelmarin.
Sehubungan itu katanya, penubuhan unit itu akan dikaji semula oleh JPM untuk memantapkan keberkesanannya.
“Amat penting untuk Ke-rajaan Pusat memandang serius isu ini kerana kumpulan minoriti dan sumbangan mereka juga penting untuk pembangunan negara. Juste-ru, peranan ini perlu dimainkan oleh DCCI dan KCCI un-tuk pembangunan negara secara keseluruhan,” jelasnya.
Pelbagai perbincangan dan dialog diadakan di Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu, Sabah bertujuan untuk memperkuatkan peranan dan sumbangan DCCI dan KCCI dalam pembangunan sosio-ekonomi kumpulan Bumiputera minoriti di Sabah dan Sarawak serta seluruh negara, amnya.
“Inisiatif ini perlu melibat-kan kerjasama antara KCCI dan DCCI dengan menggalak kerajaan menyediakan pe-luang perniagaan kepada masyarakat Dayak dan KadazanDusun,” jelasnya lanjut.
Mengulas mengenai majlis itu, Dompok memberitahu, penganjuran majlis kali kedua ini akan mengukuhkan hubungan perniagaan dan persahabatan antara KCCI dan DCCI.
Beliau percaya, ahli akan mendapat manfaat dari penubuhan kedua dewan per-niagaan itu untuk mendalamkan pengetahuan dan penga-laman mereka dalam dunia perniagaan dan peluang ekonomi yang boleh diceburi di Sabah dan Sarawak.
Hadir sama ialah Presiden DCCI, Tan Sri Datuk Amar Leo Moggie Irok, Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Joseph Salang Gandum, Penasihat majlis, Dato Seri Celestine Ujang Jilan dan Presiden KCCI, Frederick Lojingki.
Local, Sarawak News - Oct 10, 2008 0:03 - 0 Comments
Najib goes for Umno No. 1 post
More In Nation
- PM’s decision will not affect economy
- HFMD situation under control, says officer
- Pak Lah: I’m leaving … MARCH 2009
- Police launch probe on Penan girls’ allegations
- No closure of kindies, nurseries in Sibu
- Make Kuching a preferred golfing destination
- AirAsia announces more flights for S’wak
Iban, Sarawak News - Oct 8, 2008 23:34 - 0 Comments
Penyerakup pugu pengering rayat: Taib
More In Iban
- HPPN ngayanka mayuh macham pemansang
- Kes ngayahka indu Penan, awakka polis nasat dulu: Dr Chan
- Tiga menyanak mujur munuh ular sawa
- Penerbai bilun Macau-Kuching-Bali deka dibuka baru, ku Manyin
- Nembiak OUM karam dipelaba parai lemas
- Jabu mega nyukung Sarawak ngembuan stisin TV kediri empu
- Kompeni ari menua China ngaga empang Long Murun
Sarawak News, Tempatan - Oct 8, 2008 23:29 - 0 Comments
Semua pihak harus berwaspada: Dr Chan
More In Tempatan
- Jangan spekulasikan isu: Dr Chan
- Wartawan asing putar belit isu diminta keluar dari S’wak
- Tadika diarah tutup 10 hari selepas tiga kanak-kanak dikesan punyai simpton HFMD di Miri
- Jangan permain isu tanah
- Belum sedia parti tunggal
- Kes HFMD dijangka meningkat
- Tidak perlu ada rakan pasukan: Dr Mahathir
mySarawak


Leave a Reply