Sarawak News, Tempatan - Written by mySarawak on Tuesday, July 1, 2008 10:00 - 0 Comments
Email This Post
-
Print This Post
1,766 balak dan royalti bernilai RM4.3j dirampas
BINTULU: Polis Marin Wilayah Sarawak mencatat beberapa kejayaan besar dalam Ops Octopus Khas yang dijalankan dari 21 hingga 29 Jun lalu apabila berjaya merampas 1,766 batang kayu balak pelbagai saiz di perairan Bintulu termasuk kapal tunda dan royalti balak bernilai RM4.3 juta serta menahan dua anak kapal yang merupakan penduduk tempatan pada 26 Jun 2008 lalu sekitar jam 11.45 pagi.
Ketua Polis Marin Wilayah Sarawak ACP Taib Sabot berkata, ini merupakan tangkapan terbesar pada tahun ini dan operasi itu diketuai oleh Cif Inspektor Hamkar Saimi serta membabit tujuh anggota.
Katanya, kapal tunda yang diperiksa dan ditahan itu dikenali sebagai Amber Suite yang mempunyai nombor pendaftaran 328594 yang mengangkut dan memuatkan kayu balak pelbagai saiz yang didapati tidak mempunyai apa-apa cop daripada Jabatan Hutan Sarawak.
Beliau berkata, balak yang dirampas bersama dua anak kapal lelaki berumur 37 dan 38 tahun dari Tatau dan Jepak itu diserahkan kepada Sarawak Forestry Corporation (SFC) untuk tindakan lanjut.
Dalam operasi sembilan hari itu katanya, Polis Marin telah memeriksa sejumlah 122 kapal dengan 894 orang diperiksa dokumen peribadi mereka dan daripada jumlah itu tujuh telah ditangkap dan 115 saman dikeluarkan membabitkan beberapa kesalahan maritim.
ACP Taib berkata, operasi sembilan hari itu membabitkan lebih 400 anggota Polis Marin dari seluruh negeri ini adalah atas arahan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk memastikan perairan Malaysia dan wilayah Sarawak khasnya selamat dan undang-undang perairan negara dipatuhi setiap masa.
“Operasi ini bertujuan membanteras dan menguatkuasakan undang-undang, akta dan enakmen serta kesalahan-kesalahan yang berlaku di perairan dan sungai-sungai utama di Sarawak,” jelasnya dalam sidang media di Pangkalan Polis Marin Bintulu, Jepak di sini semalam.
Beliau menambah, operasi itu juga adalah untuk memastikan tidak berlaku kes-kes penyeludupan minyak diesel, pencerobohan nelayan asing yang memasuki perairan wilayah Sarawak, penyeludupan barang-barang terkawal yang tidak mendapat kelulusan pihak berkaitan, kecurian balak haram, penyeludupan senjata api, dadah dan barang-barang tidak terkawal, pendatang tanpa izin yang bergerak dari satu tempat ke satu tempat dengan menggunakan pengangkutan awam serta memastikan pekerja yang bekerja di kapal nelayan mempunyai permit dan tidak berlaku permit yang dimiliki telah luput tarikh.
Katanya, tiga kawasan yang diberi tumpuan dalam operasi itu ialah Tanjung Datu yang bersempadan dengan perairan Malaysia-Indonesia, pelabuhan Tanjung Manis-Sungai Batang Rajang, Zon Limbang-Lawas dan persempadanan Limbang-Brunei-Lawas dan Labuan.
“Operasi itu juga membabitkan 15 kapal ronda dari enam pangkalan Polis Marin Sarawak bersama 71 pegawai dan anggota serta dibantu oleh dua helikopter Unit Udara Polis Pangkalan Kuching.
“Sepanjang tempoh operasi itu, keselamatan wilayah Sarawak terkawal dan tiada insiden tidak diingini berlaku,”ujarnya.
Sementara itu, dalam operasi yang sama katanya, pihaknya turut berjaya merampas 300 batang balak pelbagai saiz secara tidak sah daripada sebuah kapal kargo dikenali sebagai Lipan Baru (SLSS 3910 K) pada 21 Jun kira-kira jam 7 malam di Tanjung Bakakong, Batang Pa-loh, Sibu.
Operasi itu diketuai oleh ASP Iswandie Ken bersama tujuh anggota yang berjaya menahan seorang penduduk tempatan dari Rumah Lidam, Tanjung Kekakop, Sibu dalam kapal itu.
Kayu balak itu bernilai RM39,000 dan lelaki serta 300 batang balak itu telah diserahkan kepada SFC untuk tindakan lanjut, tambahnya.
ACP Taib turut mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang memberikan maklumat dan operasi akan diteruskan dari semasa ke semasa untuk memastikan perairan negara khasnya negeri ini selamat dan terkawal daripada kegiatan jenayah.
Sementara itu katanya, sejumlah 626 kes direkodkan pada 2006, berbanding 586 kes pada 2007 dan dalam tempoh Januari hingga 29 Jun tahun ini, Polis Marin merekodkan sejumlah 510 kes sebelum enam bulan berakhir tahun ini.
Antara yang hadir dalam sidang media itu ialah Ketua Polis Marin Wilayah Utara DSP Chris Goh dan pegawai-pegawai kanan Polis Marin.
Di majlis itu beliau turut menyampaikan sijil penghargaan kepada tiga anggota Polis Marin iaitu Sarjan Lalong Balang dari Pangkalan Polis Marin Limbang, Koperal Hasbi Suni (Polis Marin Miri) dan Sub Inspektor Jawa Bojey (Polis Marin Sarikei).
Nation, Sarawak News - Jul 23, 2008 10:00 - 0 Comments
Govt assistance to benefit 15,000 school teachers
More In Nation
- Move to help children without birth certificates
- Rulers not merely complementing
- Najib committed to power transition plan
- Full support for Abdullah and Najib
- MP suggests independent prosecutors
Sarawak News - Aug 19, 2008 10:00 - 0 Comments
Residents eagerly await arrival of much-talked about ‘Peh Moh’ YB
More In Sarawak News
- Budget wishes: Lower corporate tax, pump priming
- Man gives up suicide plan after two hours
- Prosecution fails to give date of death
- Arif Shah promises to resolve infrastructure problem
- Contractor allowed to renounce Islam
Sarawak News, Tempatan - Jul 23, 2008 10:00 - 0 Comments
S’wak bakal cipta rekod hasilkan kek lapis terpanjang pada 26 Julai
More In Tempatan
- Raja Petra disaman RM2j
- Program usahawan basmi kemiskinan: Naroden
- Tanah runtuh timbus KM7.8 Jalan Ulu Sg Yong
- Lubok Nibong hab pengeluaran beras Bajong
- Yong tiada hasrat rebut kedudukan tertinggi SUPP



Leave a Reply