Sarawak News, Tempatan - Written by mySarawak on Saturday, May 17, 2008 10:00 - 0 Comments

Email This Post Email This Post - Print This Post Print This Post

Pentadbiran DBKU terus cemerlang



Sekali lagi dapat penganugerahan pensijilan MS ISO 9001:2000 dan 5S

KUCHING:Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) sekali lagi mencatat kecemerlangan dalam sistem pentadbirannya apabila mendapat penganugerahan pensijilan MS ISO 9001:2000 dan 5S.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Wilson Baya Dandot dalam ucapan perasmian pada majlis penyerahan sijil itu malam Khamis lalu berkata dengan pensijilan itu, DBKU terbukti serius untuk memberikan perkhidmatan terbaik dan berkualiti kepada wargakota.

“Usaha keras dan bersungguh-sungguh diperlukan untuk mendapat pengiktirafan seperti ini, ia bukan suatu yang mudah,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu, kedua-dua Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Morshidi Abdul Ghani dan Datu Abdul Ghafur Shariff, Datuk Bandar DBKU Mohd Atei Abang Medaan, dan Pengarah DBKU Onn Abdullah.

Wilson berkata pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2000 adalah satu sistem pengurusan kualiti yang universal dan berlandaskan kepada standard yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

“Ia bertujuan memantapkan lagi kualiti penyampaian perkhidmatan bagi memenuhi kehendak pelanggan serta dapat membantu meningkatkan kecekapan serta keberkesanan sesebuah organisasi,” ujarnya.

Menurut Wilson dalam ISO 9000, kualiti merupakan ciri dan sifat sesuatu produk atau perkhidmatan yang dapat memenuhi kehendak pelanggan.

“Dalam perkhidmatan awam, antara ciri perkhidmatan berkualiti yang dapat memenuhi kehendak pelanggan termasuklah menepati masa, ketepatan fakta, layanan mesra, keselesaan, kecekapan, kebolehpercayaan, informatif dan mudah diperolehi”.

Sementara itu, Mohd Atei dalam ucapan aluannya berkata, sebelum DBKU memperoleh pensijilan MS ISO 9001:2000, ia telah menerima pensijilan MS ISO 9001 versi 1994 pada 1998 dan telah membuat pertukaran atas dokumentasi ke versi 2000 pada 2003.

“Namun usaha mula giat dilaksanakan untuk pensijilan mulai bulan Januari 2007 dengan mengadakan analisis jurang, semakan dokumen dan pelbagai latihan kepada staf.

“Pelbagai program kesedaran juga telah diadakan melalui taklimat kesedaran, banner, ‘Ke Arah Pensijilan MS ISO 9001:2000 di semua pejabat DBKU, edaran Buku Panduan MS ISO 9001:2000 DBKU kepada semua warga kerja dan Warta Q yang diterbitkan setiap bulan”.

Selain itu katanya, skop pensijilan DBKU adalah Pengurusan Perkhidmatan Bandar Raya dengan 22 prosedur dan 63 arahan kerja yang merupakan perkhidmatan utama DBKU seperti perkhidmatan komuniti, pembangunan infrastruktur, penyelenggaraan dan pengindahan serta perkhidmatan kawal selia.

DBKU memperoleh pensijilan itu daripada SIRIM dan berkuat kuasa 25 Januari 2008 hingga 24 Januari 2011 manakala pensijilan amalan 5S diterima daripada NPC pula berkuat kuasa 20 Februari 2008 hingga 19 Februari 2009.



Leave a Reply

Comment

Captcha
Enter the letters you see above.

ADVERTISEMENT

IT Solutions

Free Newsletter

Enter your email for free Newsletter

E-mail:

Polls

  • Hike on petrol price, do you agree ?

    View Results

    Loading ... Loading ...

Nation, Sarawak News - Jul 3, 2008 10:00 - 0 Comments

Rais asks US to explain statement on sodomy case

More In Nation


Local, Sarawak News - Jul 4, 2008 0:03 - 0 Comments

What do Sabahans and Sarawakians want?

More In Sarawak News


Sarawak News, Tempatan - Jul 3, 2008 10:00 - 0 Comments

Amalan inovasi, kreatif penting

More In Tempatan