Sarawak News - Written by mySarawak on Saturday, May 10, 2008 10:00 - 0 Comments
Email This Post
-
Print This Post
Penuhi standard pelancongan antarabangsa
Pengusaha pelancongan mesti utamakan aspek makanan, kebersihan, keselesaan
KUCHING: Makanan, kebersihan dan keselesaan adalah tiga aspek penting yang mesti diberi keutamaan oleh pengusaha-pengusaha pelancongan di negeri ini.
Menteri Pembangunan Bandar dan Pelancongan Dato Sri Wong Soon Koh berkata tanpa tiga perkara itu, industri pelancongan Sarawak tidak dapat memenuhi standard antarabangsa yang ditetapkan.
“Selain tiga aspek ini, keseronokan juga perlu diberi penekanan. Keseronokan bermakna aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh sektor berkaitan pelancongan terutamanya pelancong dari Barat,” katanya kepada pemberita di Kuching semalam.
Terdahulu beliau merasmikan pelancaran ‘Soal Selidik Pelancongan’ (Tourism Quentionnaire) di Bangunan Baitul Makmur, Petra Jaya.
Hadir sama, Presiden Persekutuan Pelancongan Sarawak (STF) Wee Hong Seng, Pengurus MAS Kawasan Sarawak Shauqi Ahmad, Pengurus Operasi AirAsia Wilayah Asia Timur Shanmugamnathan Suppiah dan pengusaha-pengusaha pelancongan.
Wong yang juga Menteri Kewangan Kedua berkata infrastruktur seperti hotel, logistik, kemudahan di destinasi pelancongan perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi menjamin keselesaan pelancong yang datang ke Sarawak.
“Bukan itu sahaja, aspek sumber manusia merangkumi pramugara, pramugari, pemandu teksi, pekerja kaunter hadapan hotel, pemandu pelancong, warden taman dan sebagainya perlu berbudi bahasa, mesra dan berpengetahuan,” ujarnya.
Sementara itu, dalam ucapan perasmian ‘Soal Selidik Pelancongan’ itu, Wong berkata ia langkah bijak STF dan kerajaan untuk mendapatkan maklum balas daripada pelancong mengenai kekurangan serta kelemahan perkhidmatan ditawarkan sektor berkaitan supaya mutu perkhidmatan dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
“Soal selidik dan maklum balas pelancong dalam dan luar bukan sahaja memberitahu kelemahan sektor pelancongan di negeri ini tetapi pada masa sama memberitahu kekuatan kita,” katanya.
Sehubungan itu, Wong mahu pengusaha pelancongan tidak mudah berpuas hati dengan pencapaian sekarang sebaliknya semua pihak yang berkaitan dalam industri itu mesti bekerja keras dan mencari kaedah efektif bagi mengukuhkan industri pelancongan di Sarawak.
Dalam pada itu beliau berkata Kerajaan Negeri amat berterima kasih dan mengalu-alukan usaha STF dalam menghasilkan lagu?? ???Mighty Rajang River’, khas menceritakan keindahan serta keunikan Sungai Rajang.
“Kita yakin Batang Rajang akan menjadi destinasi pelancongan terkemuka apabila lagu tersebut didendangkan kepada dunia dalam waktu terdekat ini.
“Menerusi cara ini, Batang Rajang akan lebih diketahui dunia kerana Sungai Rajang sendiri memiliki aset pelancongan berharga antaranya rumah panjang, perkampungan nelayan, dusun buah-buahan dan ia merupakan sungai terpanjang di Malaysia,” katanya.
Malahan menurut beliau, cara mempromosikan sesebuah destinasi pelancongan terbukti berjaya mempromosikan negara China di mata dunia.
Sementara itu, Wee berkata soal selidik itu boleh digunakan sebagai penggredan perkhidmatan efektif dalam industri berkenaan dan penilaian dibuat sendiri oleh pelancong.
“Menerusi cara ini juga kita boleh memberi amaran atau menghapuskan sektor-sektor dalam industri ini yang gagal memberi perkhidmatan terbaik kerana ia boleh menjejaskan nama baik Sarawak.
“Pada masa sama?? kita boleh memberi anugerah kepada sektor-sektor yang menunjukkan pencapaian cemerlang dan mendapat paling banyak kepujian antarabangsa,” ujar Wee.
Majlis itu semalam disudahi dengan sambutan ulang tahun kelahiran Dato Sri Wong Soon Koh yang ke-60.??
2564Polls
Loading ...
Nation, Sarawak News - Jul 3, 2008 10:00 - 0 Comments
Rais asks US to explain statement on sodomy case
More In Nation
- Opposition undeterred: Wan Azizah
- Shahrir rejects notion BN conspiring to kill Anwar’s political career
- I’m innocent, says Najib’s wife
- Make job offer attractive for locals: Najib
- ‘No conspiracy against Anwar’
Local, Sarawak News - Jul 4, 2008 0:03 - 0 Comments
What do Sabahans and Sarawakians want?
More In Sarawak News
- Country safe, don’t listen to rumours: PM
- Metal thieves encouraged by ready market
- Stutong hawkers say sorry to MBKS mayor
- ‘Tagang System’ proven to be very successful
- Homegrown pilots in the pipeline
Sarawak News, Tempatan - Jul 3, 2008 10:00 - 0 Comments
Amalan inovasi, kreatif penting
More In Tempatan
- Indeks jenayah daerah Sibu turun 36 peratus
- NREB rangka pelan induk pengurusan Bakun dengan kos dijangka RM2 juta
- Pemimpin politik dibidas
- The other global crisis
- S’wak berjaya kurangkan kadar kemiskinan: Fatimah

Leave a Reply