Sarawak News - Written by mySarawak on Wednesday, May 7, 2008 10:00 - 0 Comments
Tingkat kualiti audit: KM
Tidak cukup sekadar miliki standard yang bagus tetapi mesti cemerlang
KUCHING: Juruaudit dalaman terutama di sektor awam perlu lebih profesional bagi memastikan sistem pentadbiran korporat dapat dilaksana dengan berkesan dan berkembang secara sihat.
Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, keberkesanan profesion itu di negeri ini tidak cukup sekadar memiliki standard audit dalaman yang bagus tetapi mesti cemerlang dan sentiasa meningkat dari semasa ke semasa.
“Profesion ini memikul tugas yang kian berat kerana dunia berubah dengan cepat, perniagaan bertambah rumit, firma-firma semakin besar, ada kalanya wujud konflik di dalam firma, kuasa lembaga pengarah dan keinginan untuk tidak bergantung kepada pihak lain sangat tinggi.
“Ini dapat dilihat daripada trend sekarang dan krisis kewangan dialami sebuah firma antarabangsa, seperti Enron di Amerika Syarikat. Ini harus dijadikan iktibar untuk kita meningkatkan lagi kualiti audit dalaman di negeri ini,” katanya kepada pemberita di Kuching, semalam.
Terdahulu Ketua Menteri merasmikan Persidangan Pengauditan Dalaman Malaysia Timur 2008 yang bertemakan ???Kecemerlangan Pentadbiran: Memimpin Dengan Integriti??? di salah sebuah hotel terkemuka.
Hadir sama pada majlis perasmian itu, Presiden IIA Malaysia Walter Sandosam dan Pengerusi IIA Malaysia, Sarawak Woo Yoke Meng.
Sementara itu dalam ucapan perasmiannya, Taib berkata integriti dan sikap kebertanggungjawaban dalam sektor awam dan swasta sangat penting bagi membentuk kerajaan atau pentadbiran yang telus.
“Kita telah membentuk komuniti di semua peringkat agensi kerajaan bagi memastikan audit dalaman berjalan dengan baik serta berkesan,” katanya.
Taib berkata usaha menjaga dan memelihara standard audit dalaman perlu dilakukan dan antara langkah boleh digunakan ialah memastikan integriti sebagai slogan bagi per-khidmatan awam dan swasta.
“Ini penting kerana saiz perniagaan bertambah besar, skop perkhidmatan serta perbelanjaan kerajaan sentiasa meningkat dari semasa ke semasa,” ujarnya.
Taib menambah kata, selain integriti, ketelusan dan akaun-tibiliti pematuhan yang me-nyeluruh juga perlu agar kua-liti audit dalaman dapat di-pertingkatkan.
Oleh itu sikap lebih bertanggungjawab dan integriti perlu ada ke arah membentuk kerajaan atau pentadbiran yang telus.
“Perkara ini bukan sahaja penting bagi sektor awam tetapi swasta terutamanya dengan peningkatan jumlah syarikat swasta dalam bursa saham.
“Syarikat yang kecil bertambah besar disebabkan kemakmuran serta kemewahan negara ini amnya dan Sarawak khasnya,” kata Taib.
Sehubungan itu, beliau mahu syarikat swasta di negeri ini mengambil iktibar daripada krisis kewangan dialami syarikat Enron dan krisis subprima di Amerika Syarikat dengan mementingkan sistem audit dalaman yang lebih berkesan.
“Setiap syarikat swasta atau agensi kerajaan mesti mencari jalan baru yang lebih inovatif dalam menetapkan nilai aset masing-masing,” tambahnya.
Taib juga memberitahu, sekarang adalah masa yang tepat untuk memperkukuhkan lagi pentadbitan korporat di negara ini memandangkan sektor ekonomi sedang melalui perkembangan pesat selepas mengalami kemerosotan hampir sedekad lalu.
“Oleh itu, juruaudit perlu meningkatkan lagi kemahiran dari semasa ke semasa dengan mengikuti kursus dan latihan daripada agensi-agensi bertauliah antaranya IIA Malaysia,” katanya.
20b9Bahasa Malaysia - Mar 26, 2008 10:00 - 0 Comments
Ringankan beban rakyat
More In Bahasa Malaysia
- Polis siasat bomoh ???diculik???
- Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia 2008 tampilkan kelainan
- Jangan sampai terlepas peluang SCORE
- Kekal khazanah hutan
- SUPP nafi ketepi Bidayuh

Leave a Reply