Sarawak News - Written by mySarawak on Wednesday, May 7, 2008 10:00 - 0 Comments
Keluasan kawasan tanaman getah
KUCHING: Keluasan kawasan tanaman getah di Sarawak akan ditambah menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan (RM Ke-9) dengan peruntukan sebanyak RM29 juta, kata Menteri Muda Pertanian Datuk Peter Nyarok Entrie.
Bagaimanapun katanya, estet mini getah yang berkeluasan tidak kurang daripada 100 hektar akan dibuka di tiga kawasan utama penanaman getah.
“Di bawah RMK8, RM55 juta diperuntukkan untuk melaksanakan Program Pembangunan Getah menerusi Jabatan Pertanian.
“Peruntukan itu digunakan untuk menanam sejumlah 4,510 hektar getah, iaitu 4,040 hektar atau 90 peratus ditanam di zon penanaman getah di bahagian Sri Aman, Betong dan Sarikei.
“Di luar kawasan zon getah, 180 hektar ditanam di daerah Lawas dan 280 hektar di daerah Bau,” katanya menjawab soalan dikemukakan John Sikie (BN-Kakus) pada sesi soal jawab persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, semalam.
Katanya, kerajaan juga akan membuka tanaman getah di beberapa bahagian-bahagian lain bagi estet bersaiz sekurang-kurangnya 20 hektar.
Sementara itu, Chiew Chiu Sing (DAP-Kidurong) ketika bertanya soalan tambahan, mahu tahu apakah rancangan jangka masa panjang kerajaan terhadap penanaman getah.
Kerana menurut beliau, pada masa sama kerajaan turut membangunkan tanah dengan ladang kelapa sawit dan seperti tidak ada perancangan lanjut untuk tanaman getah.
Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pemodenan Pertanian Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan ketika menjawab soalan berkenaan memberitahu, tanah yang sesuai akan ditanam dengan getah, dan begitu juga dengan kelapa sawit.
Bahasa Malaysia - Mar 26, 2008 10:00 - 0 Comments
Ringankan beban rakyat
More In Bahasa Malaysia
- Polis siasat bomoh ???diculik???
- Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia 2008 tampilkan kelainan
- Jangan sampai terlepas peluang SCORE
- Kekal khazanah hutan
- SUPP nafi ketepi Bidayuh

Leave a Reply