Sarawak News - Written by mySarawak on Friday, April 25, 2008 10:00 - 1 Comment
Email This Post
-
Print This Post
RTM pertahan AJLTI bukan kaut keuntungan
Penerbit rancangan nafi anugerah dianjurkan untuk jatuhkan maruah penyanyi Iban
MIRI:?? Penerbit Anugerah Juara Lagu Terbilang Iban 95.7FM (AJLTI) Kelab Sukan dan Rekreasi Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Bahagian Iban Mirifm yang sebelum ini berdiam diri ekoran kenyataan dua penyanyi Iban untuk menghentikan anugerah tersebut akhirnya membuka suara.
Pengawal Penyiaran RTM Miri merangkap penasihat AJLTI Mohd Zain Ibrahim berkata, penganjuran anugerah tersebut bukan bertujuan untuk mengaut keuntungan ataupun menjatuhkan maruah mana-mana artis Iban di negeri ini.
???Saya tegaskan bahawa RTM Miri tidak pernah mempunyai polisi untuk meraih keuntungan melalui anugerah ini. Bahkan kita sendiri melalui Kelab Sukan dan Rekreasi RTM Miri berusaha keras bagi menampung kos penganjuran yang mencecah RM80,000,??? katanya pada sidang media bersama finalis AJLTI 95.7FM Ke-4 di bilik persidangan RTM Miri semalam.
Beliau mengulas kenyataan penyanyi Andrewson Ngalai dan Jonathan Jubin yang disiarkan dalam akhbar ini yang meminta agar anugerah itu dihentikan dengan alasan ia hanya bertujuan menguntungkan RTM dan menjatuhkan maruah artis Iban. Menurut Mohd Zain, dengan kos penganjuran RM80,000 dan sumbangan yang diterima hanya RM45,000, adalah tidak adil kedua-dua penyanyi itu menuduh RTM menggunakan artis-artis Iban untuk mengaut keuntungan kepada kelab.
???Bayangkan kos sewa pentas, stadium, kerusi, tambang dan hotel finalis, semua kelab yang kita tanggung. Takkan kita mahu guna duit rakyat, sehubungan itu kelab bekerja keras untuk menampung kos penganjuran.
???Setakat ini kita dapat tajaan RM45,000, itu pun hanya RM23,000 sudah diterima. Jualan tiket pun baru mencecah RM2,000. Justeru tidak logik menuduh kita buat keuntungan sedangkan hakikatnya kita berhempas pulas mencari penaja,???kata Mohd Zain dengan kesal.
???Hasrat kita ikhlas iaitu mahu mempromosi dan memartabatkan lagu Iban selain memberi peluang kepada peminat untuk melihat penyanyi kesayangan mereka menyanyi secara langsung.
???Sedangkan lagu etnik ini tidak pernah dipertandingkan di mana-mana stesen radio sama ada di Malaysia, Jerman atau Hong Kong. Hanya RTM di Miri kita ada program seumpama ini, justeru saya amat berbangga dengan kelab,??? katanya lagi. Mengulas cadangan kedua penyanyi itu untuk membahagikan anugerah mengikut kategori lagu, beliau berkata ia sukar dilakukan kerana memerlukan peruntukan yang lebih besar.
???Kita bukan buat Muzik-muzik seperti dalam televisyen TV3, AJLTI ini skopnya kecil kerana kita tidak mampu buat lebih besar. Lainlah kalau finalis sanggup bayar yuran penyertaan RM3,000 seorang, itu lain cerita,??? katanya.
Tambahnya, format untuk memperluaskan kategori lagu Iban perlu dikaji dari segala aspek terutama kos dan kesesuaian lagu yang ada.
Sementara itu Mohd Zain berkata, juara AJLTI kali ini bakal membawa pulang wang tunai RM3,000, Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik masing-masing RM1,000 dan piala. Di samping itu setiap peserta akan menerima RM700 dan sijil manakala penulis lagu akan menerima surat penghargaan.
1 Comment
inyang
Leave a Reply
Polls
Loading ...
Nation, Sarawak News - Jul 3, 2008 10:00 - 0 Comments
Rais asks US to explain statement on sodomy case
More In Nation
- Opposition undeterred: Wan Azizah
- Shahrir rejects notion BN conspiring to kill Anwar’s political career
- I’m innocent, says Najib’s wife
- Make job offer attractive for locals: Najib
- ‘No conspiracy against Anwar’
Local, Sarawak News - Jul 4, 2008 0:03 - 0 Comments
What do Sabahans and Sarawakians want?
More In Sarawak News
- Country safe, don’t listen to rumours: PM
- Metal thieves encouraged by ready market
- Stutong hawkers say sorry to MBKS mayor
- ‘Tagang System’ proven to be very successful
- Homegrown pilots in the pipeline
Sarawak News, Tempatan - Jul 3, 2008 10:00 - 0 Comments
Amalan inovasi, kreatif penting
More In Tempatan
- Indeks jenayah daerah Sibu turun 36 peratus
- NREB rangka pelan induk pengurusan Bakun dengan kos dijangka RM2 juta
- Pemimpin politik dibidas
- The other global crisis
- S’wak berjaya kurangkan kadar kemiskinan: Fatimah

penanyi iban ke enda setuju nya pandak penemu,laban nya siti cara promosi lagu. Enti takut besaing reti ia remaung di rumah raung di tanah.