Bahasa Malaysia - Written by mySarawak on Wednesday, March 26, 2008 10:00 - 0 Comments
Polis siasat bomoh ???diculik???
Mangsa telah dilarikan ke Bintulu kerana didakwa mengenakan pengeras yang tinggi: DSP Abang Abdillah
KOTA SAMARAHAN: Polis Kota Samarahan sedang melakukan siasatan ke akar umbi terhadap kes seorang bomoh yang didakwa dilarikan oleh beberapa saspek dari sini ke Bintulu Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Kota Samarahan DSP Abang Abdillah Abang Majid berkata, berdasarkan maklumat diterima, bomoh (mangsa culik) berasal dari sini telah dibawa oleh beberapa saspek ke Bintulu.
Menurut Abang Abdillah, mangsa yang berusia 37 tahun itu dikatakan telah mengubati penyakit yang diderita oleh saspek dengan cara tradisional dan penilikan.
Ditemui selepas perbarisan Hari Peringatan Polis Ke-201 di sini semalam, beliau berkata, saspek telah diminta oleh bomoh itu sejumlah wang RM110,000 atas segala perkhidmatan perubatan yang dilakukan terhadap saspek.
Bagaimanapun, saspek tidak berpuas hati dengan permintaan wang yang begitu banyak dan meminta balik wang ???pengeras??? yang sudah diberikan.
“Oleh kerana tidak puas hati dengan perkhidmatan perubatan dan pengeras yang terlalu tinggi, saspek memohon bomoh memulangkan sejumlah wang itu.
“Namun, bomoh itu tidak mempunyai wang dan minta bantuan daripada keluarga”.
Dalam perjalanan ke Bintulu, mangsa menghubungi keluarganya agar menjaga anak-anak sekiranya apa-apa akan berlaku terhadap dirinya.
Dalam masa sama, mangsa juga minta abangnya menyediakan wang RM80,000 dan surat tanah bagi menyelesaikan masalah itu.
Bertindak dengan bijak, keluarga mangsa bergegas ke Bintulu dan singgah di Balai Polis Betong untuk membuat laporan polis.
Justeru, Polis Bintulu berjaya menahan tiga saspek yang difahamkan mengadakan ???perbincangan??? dengan mangsa untuk menyelesaikan kes terbabit.
Polis mengklasifikasikan kes itu bukan kes ???culik??? dan saspek disiasat di bawah seksyen 365 Kanun Keseksaan.
2346Bahasa Malaysia - Mar 26, 2008 10:00 - 0 Comments
Ringankan beban rakyat
More In Bahasa Malaysia
- Polis siasat bomoh ???diculik???
- Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia 2008 tampilkan kelainan
- Jangan sampai terlepas peluang SCORE
- Kekal khazanah hutan
- SUPP nafi ketepi Bidayuh

Leave a Reply