Bahasa Malaysia - Written by mySarawak on Monday, March 24, 2008 10:00 - 0 Comments
SUPP nafi ketepi Bidayuh
Setiausaha parti menyangkal kenyataan dan memberitahu mempunyai perancangan teliti jaga kepentingan semua bangsa
KUCHING: Setiausaha Agung Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Senator Datuk Sim Kheng Hui me-nyangkal kenyataan mengatakan parti itu mengetepikan wakil Bidayuh berikutan khabar angin mengatakan Ahli Parlimen (AP) Serian, Datuk Richard Riot Jaem mahu keluar daripada parti.
Beliau berkata SUPP ???mempunyai perancangan yang teliti??? dalam menjaga kepentingan semua bangsa dan parti itu tetap berpegang teguh kepada polisi tersebut.
Dalam kes Riot, Sim berkata SUPP telah mencalonkan nama AP Serian itu sebagai setiausaha parlimen tetapi pihaknya tidak dimaklumkan sebarang keputusan akhir mengenai pengecilan saiz Kabinet Persekutuan.
“Kami telah menghantar nama dan beliau sendiri tahu akan perkara ini, namun kerana kabinet dikecilkan, jawatan tersebut dihapuskan dan kami tidak boleh meramal perkara ini,” katanya ketika ditemui semasa menghadiri mesyuarat agung tahunan Persatuan Chawan Sarawak di premis persatuan itu dekat sini semalam.
Sim memberitahu bahawa beliau telah berbincang dengan beberapa anggota parti cawangan Serian yang menurut beliau telah menyuarakan perasaan mereka tetapi tidak menyentuh tentang khabar angin mengaitkan Riot itu.
“Sudah tentu timbul rasa tidak puas hati tetapi ia tidak berlanjutan hingga menyentuh isu mahu keluar parti,” katanya.
Sim bagaimanapun menambah bahawa Riot menerusi Bernama semalam mengesah-kan bahawa beliau masih anggota Barisan Nasional (BN) dan khabar angin mengenai peletakkan jawatannya dalam parti tidak seharusnya timbul.
“Laporan Bernama ada mengatakan Riot telah menjelaskan segala-galanya kepada setiusaha agung BN dan beliau tetap anggota BN. Kita seharusnya menunggu sehingga beliau pulang, dan anda (wartawan) boleh mendapatkan komen daripada beliau sendiri,” ujar Sim.
Menyentuh tentang kepulangan Riot, Sim berkata AP Serian itu tidak ???memohon sebarang cuti lepasan daripada parti??? dan oleh itu SUPP tidak tahu menahu tentang perkara ini sambil menambah; “Mungkin dalam waktu terdekat ini.”
Sim yang juga pengerusi SUPP cawangan Pending berkata, parti tidak menerima sebarang surat peletakan jawatan daripada Riot.
Ditanya isu yang sama, apakah tindakan (SUPP) jika seorang AP meletak jawatan dari parti hanya kerana rasa tidak puas hati, Sim berkata wakil yang dipilih dan bertanding menggunakan tiket parti komponen BN seharusnya setia kepada parti yang diwakilinya itu. “Ini adalah etika wakil yang dipilih dan saya percaya bahawa semua wakil yang telah dipilih harus sedia maklum tentang peranan mereka,” tambah beliau.
Bahasa Malaysia - Mar 26, 2008 10:00 - 0 Comments
Ringankan beban rakyat
More In Bahasa Malaysia
- Polis siasat bomoh ???diculik???
- Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia 2008 tampilkan kelainan
- Jangan sampai terlepas peluang SCORE
- Kekal khazanah hutan
- SUPP nafi ketepi Bidayuh
Sarawak News - May 7, 2008 10:00 - 0 Comments
Nadai agi orang seranta 2010 ila
More In Sarawak News
- 10-year ban on offshore ringgit trading to stay
- Raja Petra pleads not guilty to sedition charge
- Oil companies can help reduce fuel subsidy
- Bring back Cup, says Rosmah
- Tingkat kualiti audit: KM

Leave a Reply