Bahasa Malaysia - Written by mySarawak on Monday, March 24, 2008 10:00 - 0 Comments

Email This Post Email This Post - Print This Post Print This Post

Sesi minum bertukar tragedi, mangsa ditetak di bahagian perut






KUCHING: Keriangan tiga sahabat yang minum minuman keras malam semalam bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka terpaksa dikejarkan ke Hospital Bau selepas ditetak di baha-gian perut oleh seorang lagi rakan mereka.

Mangsa, 37 tahun berasal dari Kampung Sebubuk, Bau dekat sini dikatakan minum minuman keras bersama dua lagi rakannya yang dipercayai adik-beradik sebelum mereka bertengkar akibat salah faham.

Salah faham itu kemudiannya menjadi tidak terkawal apabila salah seorang dari-pada rakannya (adik-beradik terbabit) mendapatkan se- bilah parang lalu bertindak menetak mangsa di bahagian perut.

Terkejut dengan kejadian itu, saspek dan abangnya cabut lari meninggalkan mangsa dalam kesakitan.

Bapa mangsa yang menyedari kejadian itu telah ber-gegas membawa mangsa ke Hospital Bau untuk menda-patkan rawatan kecemasan dan mangsa dikatakan dalam keadaan stabil.

Bapa mangsa kemudian membuat laporan polis di balai polis berdekatan dan kes masih dalam siasatan polis.

2964

Leave a Reply

Comment

Captcha
Enter the letters you see above.

ADVERTISEMENT

My Proton Community
Fashion Original
Advertise with us

Free Newsletter

Enter your email for free Newsletter

E-mail:

Nation, Sarawak News - Jul 23, 2008 10:00 - 0 Comments

Govt assistance to benefit 15,000 school teachers

More In Nation


Sarawak News - Aug 19, 2008 10:00 - 0 Comments

Residents eagerly await arrival of much-talked about ‘Peh Moh’ YB

More In Sarawak News


Sarawak News, Tempatan - Jul 23, 2008 10:00 - 0 Comments

S’wak bakal cipta rekod hasilkan kek lapis terpanjang pada 26 Julai

More In Tempatan