Bahasa Malaysia - Written by mySarawak on Monday, March 24, 2008 10:00 - 0 Comments

Email This Post Email This Post - Print This Post Print This Post

Lelaki berbasikal maut setelah dirempuh Wira

SIBU: Seorang lelaki berusia 48 tahun maut selepas dirempuh sebuah kereta jenis Proton Wira di persimpangan lampu isyarat di Jalan Salim berhampiran simpang Jalan Alan, pagi semalam.

Kejadian berlaku sekitar jam 9 pagi apabila mangsa yang dikenali sebagai Mohd Yong Abdullah dikatakan sedang mengayuh sebuah basikal menuju ke pusat bandar.

Kereta tersebut yang meng-hala ke arah sama dipercayai merempuh mangsa apabila mangsa yang berada di lorong sebelah kiri dikatakan tiba-tiba meluru masuk ke lorong sebelah kanan.

Impak pelanggaran menye-babkan mangsa tercampak dan menyebabkan cermin hadapan kereta pecah, sementara basikalnya terpelanting jauh.

Akibatnya, mangsa patah kaki kanan dan kedua-dua tangannya serta mengalami konkusi.

Orang ramai yang menyaksikan kemalangan tersebut terus menghubungi ambulans untuk mendapatkan bantuan dan mangsa tiba di Hospital Sibu sekitar jam 9.30 pagi.

Mangsa yang mengalami kecederaan parah telah dimasukkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) namun disahkan meninggal dunia sekitar jam 2 petang semalam.

Sehingga berita ini ditulis, punca sebenar kejadian belum dapat dipastikan dan polis masih menjalankan siasatan.





Leave a Reply

Comment

Captcha
Enter the letters you see above.

ADVERTISEMENT

my sarawak auction
My Proton Community
Online Mall
ADVERTISE WITH US

Free Newsletter

Enter your email for free Newsletter

E-mail:

Local, Sarawak News - Oct 10, 2008 0:03 - 0 Comments

Najib goes for Umno No. 1 post

More In Nation


Iban, Sarawak News - Oct 8, 2008 23:34 - 0 Comments

Penyerakup pugu pengering rayat: Taib

More In Iban


Sarawak News, Tempatan - Oct 8, 2008 23:29 - 0 Comments

Semua pihak harus berwaspada: Dr Chan

More In Tempatan