Bahasa Malaysia - Written by mySarawak on Saturday, March 22, 2008 10:00 - 0 Comments
Email This Post
-
Print This Post
Pastikan S’wak terus membangun
Rakyat diingatkan agar berfikiran terbuka dan menyokong dasar pembangunan yang dilaksanakan kerajaan: Rohani
SRI AMAN: Rakyat di negeri ini diingatkan agar berfikiran secara terbuka dan menyokong segala dasar pembangunan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi memastikan negeri ini terus membangun pada masa depan.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia Datuk Rohani Abdul Karim berkata, sokongan padu rakyat daripada pelbagai parti Komponen Barisan Nasional (BN) serta rakyat berbilang kaum semasa Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lepas telah cukup membuktikan bahawa rakyat kita masih lagi memerlukan pembangunan.
“Seperti yang kita sedia maklum, pihak kerajaan amat memerlukan sokongan rakyat secara berterusan tidak semestinya semasa atau tidak berlakunya pilihan raya sebaliknya setiap sokongan perlu diteruskan agar setiap projek pembangunan yang diran-cang kerajaan dapat dilaksanakan.
“Sekiranya rakyat tidak memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak kerajaan nescaya ia akan menyulitkan segala dasar pembangunan yang dilaksanakan malah melambatkan segala proses pembangunan ke kawasan yang hendak dibangunkan,” ujarnya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Batang Lupar berkata demikian ketika berucap di Majlis Jamuan Kesyukuran anjuran bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Hulu, Persatuan Wari-san Budaya Kampung Hulu dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Hulu di sini malam tadi.
“Kini, rakyat di negeri ini telah sedar dan mahukan pembangunan berterusan dan apa yang penting ialah sokongan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan Barisan Nasional ada-lah pilihan terbaik,” ujarnya.
Kata Rohani lagi, kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan BN pada Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lepas juga menunjukkan satu petanda bahawa kerajaan BN sahaja mampu membangunkan rakyat di negeri ini tidak mengira mereka tinggal di kawasan bandar mahupun di luar bandar.
“Salah satu perkara yang perlu kita ambil kira sekarang ialah semangat kerjasama rakyat dengan pihak kerajaan perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa dalam memastikan rakyat sentiasa menikmati pembangunan berterusan,” jelasnya.
Justeru itu katanya, perlu diingatkan bahawa nikmat pembangunan yang telah dirasai selama ini adalah hasil usaha sama kerajaan BN dengan rakyat yang sentiasa inginkan pembangunan.
Turut hadir dalam majlis itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Simoi Peri, Temenggong Bujang Mohamad, Penghulu Abdul Samad Abdul Rahim, Ketua Pergerakan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.23 Lingga Zamahari Morshidi, Ketua Pergerakan Wanita PBB Lingga Kaunselor Mas Shamsiah Maslem serta ahli-ahli parti yang lain.
2497Nation, Sarawak News - Jul 23, 2008 10:00 - 0 Comments
Govt assistance to benefit 15,000 school teachers
More In Nation
- Move to help children without birth certificates
- Rulers not merely complementing
- Najib committed to power transition plan
- Full support for Abdullah and Najib
- MP suggests independent prosecutors
Sarawak News - Aug 19, 2008 10:00 - 0 Comments
Residents eagerly await arrival of much-talked about ‘Peh Moh’ YB
More In Sarawak News
- Budget wishes: Lower corporate tax, pump priming
- Man gives up suicide plan after two hours
- Prosecution fails to give date of death
- Arif Shah promises to resolve infrastructure problem
- Contractor allowed to renounce Islam
Sarawak News, Tempatan - Jul 23, 2008 10:00 - 0 Comments
S’wak bakal cipta rekod hasilkan kek lapis terpanjang pada 26 Julai
More In Tempatan
- Raja Petra disaman RM2j
- Program usahawan basmi kemiskinan: Naroden
- Tanah runtuh timbus KM7.8 Jalan Ulu Sg Yong
- Lubok Nibong hab pengeluaran beras Bajong
- Yong tiada hasrat rebut kedudukan tertinggi SUPP



Leave a Reply