Bahasa Malaysia - Written by mySarawak on Monday, February 25, 2008 10:00 - 0 Comments

Email This Post Email This Post - Print This Post Print This Post

Sulaiman teruskan usaha bapa, sedia temui rakyat



KUCHING: Calon ???bintang??? Barisan Nasional (BN) Negeri Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman Taib berkata beliau mengalu-alukan peluang untuk bertemu dengan rakyat jelata, selepas kempen rasmi bagi pilihan raya pada 8 Mac bermula. Beliau bersyukur kerana dipilih sebagai calon BN dalam pilihan raya umum akan datang, kerana ini akan memberi peluang kepadanya untuk bertemu dengan rakyat dan memberitahu mereka apa yang dapat dilakukan oleh BN untuk rakyat, negeri dan negara. “Saya sangat gembira kerana dapat bertanding sebagai calon BN, supaya saya dapat meneruskan perjuangan BN di Sarawak selain memberitahu rakyat di Kota Samarahan mengenai perjuangan BN,” katanya kepada pemberita selepas pengumuman calon bagi Kota Samarahan di Dewan Suarah Samarahan semalam. Sulaiman, 39, mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong BN atas sokongan mereka, dan berharap rakyat di Samarahan akan memberikan mandat kepadanya untuk meneruskan usaha bapanya di kawasan berkenaan. “Jika dipilih, saya akan me-neruskan pembangunan di kawasan ini. Saya akan cuba sedaya upaya untuk menunai-kan kewajipan saya,” katanya. Mengenai peluangnya untuk mempertahankan kerusi bagi BN, beliau berkata jentera parti akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan BN memenangi kerusi parlimen di sana dengan majoriti yang besar. Beliau berkata mereka bersedia menghadapi pihak pembangkang. “Saya tidak mengenali mereka dan saya tidak dapat meramalkan peluang mereka. Tetapi kita akan berusaha bersungguh-sungguh dan kita yakin dapat memenangi kerusi ini,” katanya. Mengenai dakwaan pembangkang bahawa kampung-kampung telah dipinggirkan daripada aliran utama pembangunan di Kota Samarahan, Sulaiman berkata dakwaan itu tidak benar. “Seluruh Samarahan, termasuk kampung-kampung, sudah dibangunkan dan dihubungkan dengan jalan-jalan yang bagus. “Saya ingat ketika saya masih seorang budak kecil dan mengikuti bapa saya semasa berkempen atau melakukan lawatan, saya tidak dapat du-duk selesa di dalam kereta kerana jalan begitu teruk sekali. “Sekarang banyak perkara sudah dilaksanakan, jalan-jalan yang bagus sedang dibina ke kampung-kampung, selain banyak pembangunan lain,” katanya. Sulaiman akan bertanding dalam pertarungan tiga penjuru. Beliau ditentang oleh Hussain Abang Apok daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan seorang calon Bebas, Awang Bakar Awang Daud. Beribu-ribu penyokong BN telah berkumpul di Masjid Darul Taqwa, di mana doa dipanjatkan, sebelum mereka berarak ke pusat pencalonan. Ketua Menteri dan Pengerusi BN Negeri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isterinya Datuk Amar Puan Sri Laila turut hadir untuk mengiringi Sulaiman ke pusat pencalonan sebelum mereka meninggalkan pusat berkenaan kira-kira 20 minit kemudian. Sulaiman adalah calon terakhir yang mengemukakan kertas pencalonan pada jam 9.30 pagi, selepas Hussain pada jam 9.03 pagi dan Awang Bakar pada jam 9.25 pagi. Pegawai pengurus pilihan raya, Mohd Ainnie Wahab secara rasmi mengumumkan satu pertarungan tiga penjuru dan calon-calon yang bertanding sekitar jam 12.00 tengah hari di hadapan beratus-ratus penyokong dan pembawa bendera BN dan PKR yang menunggu dengan sabar di luar pagar.


Leave a Reply

Comment

Captcha
Enter the letters you see above.

ADVERTISEMENT

IT Solutions

Free Newsletter

Enter your email for free Newsletter

E-mail:

Polls

  • Hike on petrol price, do you agree ?

    View Results

    Loading ... Loading ...

Nation, Sarawak News - Jul 3, 2008 10:00 - 0 Comments

Rais asks US to explain statement on sodomy case

More In Nation


Local, Sarawak News - Jul 4, 2008 0:03 - 0 Comments

What do Sabahans and Sarawakians want?

More In Sarawak News


Sarawak News, Tempatan - Jul 3, 2008 10:00 - 0 Comments

Amalan inovasi, kreatif penting

More In Tempatan