Sarawak News - Written by mySarawak on Wednesday, August 22, 2007 22:00 - 8 Comments
Email This Post
-
Print This Post
Contohi semangat juang panglima rentap, kata warisnya
KUCHING, 22 Ogos: Seorang waris keturunan Panglima Rentap, pejuang kemerdekaan Sarawak yang begitu berani menentang regim Brooke 163 tahun lepas, mahu generasi muda mencontohi semangat patriotisme dan nasionalisme pahlawan Iban itu, terutamanya ketika negara menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-50 ini.
Sejak dulu lagi, ketika Luyang Bansang, 48, masih di alam remaja, beliau sudah mengetahui menerusi cerita rakyat, yang disampaikan oleh bapanya sendiri mengenai seorang panglima perang orang Iban yang tidak pernah menyerah kalah menentang Rajah Brooke dalam tiga peperangan besar pada 1857, 1858 dan 1861 di Bukit Sadok, Ulu Layar yang kini terletak dalam Bahagian Betong.
Hakikatnya Rentap berjuang dengan berani mempertahankan kawasan dan kaumnya menentang penjajah dan meninggal dunia pada usia tua di sekitar tahun 1870-an di Ulu Wak, Julau, yang kini merupakan sebahagian kawasan Bahagian Sarikei, kira-kira 30 minit dengan berjalan kaki dari rumah panjang kediamannya.
“Walaupun dilabelkan sebagai ketua pemberontak oleh regim Brooke, saya sangat menghormati dan menyanjungi peranannya sebagai pejuang kemerdekaan dan pahlawan yang menggerakkan semangat nasionalisme,” kata Luyang, seorang pegawai penerangan di Jabatan Penerangan Sarawak kepada Bernama di sini.
Beliau berkata Rentap adalah moyangnya dan setiap orang kampung di rumah panjang 26 pintu, Rumah Ujar, mengetahui perjuangannya dengan “Tawak Sadok,” sejenis gong yang digunakan semasa peperangan di Bukit Sadok, yang disimpan sebagai pusaka nenek moyang lima generasi.
Menurut inskripsi peringatan Rentap di Bukit Sibau, Pakan, tapak baru pusara peringatan Rentap yang dibina oleh kerajaan negeri, pejuang kemerdekaan ini dari keturunan Skrang, yang menyertai ekspedisi pelayaran semasa awal kehidupannya mencipta kehebatan sebagai ketua panglima perang.
Apabila James Brooke menjadi Rajah Brooke Sarawak pada 25 Sept 1841, beliau mengisytiharkan pelaut Iban di Saribas dan Skrang sebagai lanun, menyebabkan Rentap menentangnya di Kerangan Peris, Skrang pada Ogos 1844.
Dalam satu petanda awal gerakan anti-Rajah Brooke, bagi Rentap, James Brooke sendiri merupakan seorang lanun yang cuba meluaskan kuasa dan pengaruh serta mengganggu cara hidup tradisional kaum Iban.
Luyang berkata anggota keluarga keturunannya sangat menghargai usaha kerajaan menjadikan puncak Bukit Sibau sebagai “Lumbong Rentap,” yang bermaksud kubur dalam bahasa Iban, bagi memperingati perjuangan Rentap menentang regim Brooke dan kesungguhannya mempertahankan cara hidup tradisional kaum Iban.
Rentap diisytiharkan sebagai seorang pahlawan Sarawak oleh kerajaan negeri pada 27 Julai 1993.
“Sesuatu perlu dilakukan bagi generasi muda mempelajari tentang Rentap, semangat perjuangannya dan cerita mengenai penentangannya terhadap pentadbiran Brooke bagi menyemai semangat patriotisme dalam kalangan mereka,” kata bapa kepada tiga anak.
Sebagai sebahagian daripada warisan sejarah dan kekayaan budaya, Luyang menggesa kerajaan supaya meningkatkan kemudahan termasuk pondok dan trek hutan menuju ke Tugu Peringatan Rentap di puncak Bukit Sadok.
Dari kawasan tinggi inilah panglima hebat dan pengikutnya turun dan melayari Sungai Saribas atau Sungai Ulu Skrang River untuk melancarkan serangan menentang penjajahan Brooke.
Luyang berkata kemudahan yang lebih baik dan penyelenggaran akan memudahkan orang ramai termasuk pelancong dan pelajar melawat tugu bersejarah di puncak Bukit Sadok, dengan replika “Bujang Timpang Berang,” sejenis meriam yang digunakan oleh Rentap dalam peperangannya menentang askar-askar Brooke dibina.
Meriam sebenar kini ditempatkan di Pejabat Daerah Betong, Bukit Bangun, setelah dipindahkan dari Kubu Lily di Betong, di mana sebuah jalan dan dewan komuniti dinamakan sempena nama Rentap.
– Bernama
8 Comments
Falah
Hadzrieyll
ku sokong pa nak di pdh leh falah tas ya….sokong glak2….ku arap biak s’wak x kan lpk ngn pejuang rentap yang rela berkorban demi s’wk…hidup s’wak…agi idup agi ngelaban…
mone
it was a very usefull…..passage about the rentap…… helped me in my kajian pendidikan moral
mone
can i know the maening of agi idup agi ngelaban……that’s one more thing i need ….comment a bit boleh
Parai kitai wai. Legi bisi iban ngadai menua baka ia ka suba.
mone, thks for every efford that u r heading for, wish u every success in yr endeavour; n my explnation for u for the word is, ALIVE TO POSSESSED AND PROCEED…tq
need for speed kuol
that’s was an usefull passage about our panglima from sarawak in malaysia………can i know what is agi idup agi ngelaban…..its make me confuse a little bit….maybe iknow agi idup agi is lagi hidup lagi and ngelaban is????????????????????
that all….thank alot
mall
can you get more information for pahlawan rentap….please
Leave a Reply
Nation, Sarawak News - Jul 23, 2008 10:00 - 0 Comments
Govt assistance to benefit 15,000 school teachers
More In Nation
- Move to help children without birth certificates
- Rulers not merely complementing
- Najib committed to power transition plan
- Full support for Abdullah and Najib
- MP suggests independent prosecutors
Sarawak News - Aug 29, 2008 10:03 - 0 Comments
Anwar is just a brag: Taib
More In Sarawak News
- Apt and timely launch of book on Constitutional Federalism in M’sia
- Anwar sworn in; bares fangs on first day in parliament
- Tu menua kenyalang, ukai menua katak: Masing
- Assault: Student sues cops, govt for over RM250,000
- Ten more rotating CCTVs for towns, commercial centres
Sarawak News, Tempatan - Jul 23, 2008 10:00 - 0 Comments
S’wak bakal cipta rekod hasilkan kek lapis terpanjang pada 26 Julai
More In Tempatan
- Raja Petra disaman RM2j
- Program usahawan basmi kemiskinan: Naroden
- Tanah runtuh timbus KM7.8 Jalan Ulu Sg Yong
- Lubok Nibong hab pengeluaran beras Bajong
- Yong tiada hasrat rebut kedudukan tertinggi SUPP



Pejuang Rentap is my idol…lekak baca crita nya dlm sejarah ting. 3…..nan best glak….nang salute ngn beliau coz nya brani mowk b’lwn ngn cdak rejim brooke nak dah bermaharajalela slama 100 thun kt s’wak towk…..