Tempatan
Sarawak News, Tempatan - Saturday, October 25, 2008 10:00 - 0 Comments
Email This Post
|
Print This Post
IT kembangkan perniagaan
Ketua Menteri mahu lebih banyak sektor swasta melabur dalam sistem Teknologi Maklumat
KUCHING: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mahu lebih banyak sektor swasta melabur dalam sistem Teknologi Maklumat (IT) kerana ia terbukti dapat mengembangkan lagi perniagaan mereka.
“Saya mahu melihat lebih banyak sektor swasta terutamanya perusahaan kecil dan sederhana mencari jalan terbaik untuk mengadaptasi sistem IT untuk menjalankan perniagaan dan tahu apa yang berlaku dalam dunia perniagaan global,” katanya kepada pemberita semalam.
Menurut Taib penggunaan sistem seumpama itu boleh membantu ahli-ahli perniagaan mengetahui lebih banyak maklumat, usaha-usaha pemasaran selain berjaya menarik pelanggan dari dalam dan luar negara.
“Dalam kes Kerajaan Sarawak, kita telah menjalinkan kerjasama dengan Sarawak Information Systems Sdn Bhd (SAINS) dalam membangun dan memajukan sistem e-kebajikan yang membolehkan kita mengkaji penerima bantuan kebajikan dengan lebih mudah.
“Sejak beberapa tahun SAINS telah memajukan sistem pentadbiran umum kerajaan di negeri ini di semua peringkat,” ujarnya.
Taib menambah untuk berkembang menjadi penghubung dan penyedia solusi sistem teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), banyak usaha dilakukan sejak 20 tahun lalu dan sekarang akan terus memfokus kepada pasaran tempatan walaupun mendapat pendapatan daripada luar.
Terdahulu Taib menerima piala dimenangi SAINS dalam pertandingan merebut Anugerah MSC Malaysia Asia Pacific ICT Alliance (APICTA) 2008 yang diadakan di Kuala Lumpur pada 15 Oktober lepas di pejabat beliau di Wisma Bapa Malaysia, semalam.
SAINS memenangi anugerah itu dengan memperkenalkan Sistem Mahkamah Bersepadu (ICS) dengan jayanya di negeri ini.
Pada majlis itu Mahkamah Tinggi Sarawak menyerahkan piala dimenangi dalam ‘Management Category of the Inaugural Sarawak Federal Secretary’s Innovation and Creative Awards (AIKSUPS) 2008 bagi Sistem Pengurusan Kes Mahkamah (terbaik) dan Virtual Proceeding (Video Conferencing) System (di tempat kedua).
Kedua-dua anugerah itu dimenangi pada 14 Oktober lalu.
Acara berkenaan dianjurkan setiap tahun oleh Multimedia Development Corporation (MDeC) dan Persatuan Komputer Malaysia (PIKOM) dengan Perdana Menteri sebagai penaung.
Hadir sama pada majlis penyerahan piala itu pengerusi SAINS yang juga Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan dan Ketua Pegawai Eksekutif SAINS Teo Tien Hiong.
- Pemberian tender perlu disiasat
- Penduduk mahu jalan raya Bario-Miri
- Dua tadika di Miri ditutup sebagai langkah berjaga-jaga
- Nelayan diganggu sindiket
- Jenayah pelajar di Sibu tidak membimbangkan
- Membunuh tanpa niat, angkara
- 20 keluarga pesawah Pergau rugi puluhan ribu ringgit
- BDA hadapi cabaran besar laksana SCORE
- Bekal air terawat untuk sekolah
mySarawak




Recent Comments