Yuran Taska: Rujuk laman sesawang JKM untuk maklumat

| 12/12/2013 | 0 Comments
Email This Post Email This Post   Print This Post Print This Post  
1 Star2 Stars3 Stars4tars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading...Loading...

KUALA LUMPUR: Ibu bapa yang mahu mendapatkan Bantuan Yuran Pengasuhan Taska yang diumum dalam Bajet 2014, boleh merujuk laman sesawang Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) di www.jkm.gov.my.

Ibu bapa boleh mendapatkan maklumat terperinci seperti kelayakan serta taska-taska berdaftar di bawah program itu, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun ketika menjawab soalan tambahan Senator Datuk Jaspal Singh di Dewan Negara semalam.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2014 mengumumkan bantuan RM250 sebulan untuk ibu bapa berpendapatan bulanan tidak melebihi RM900 yang ingin menghantar anak-anak ke taska swasta yang berdaftar dengan JKM.

Kelayakan pendapatan bulanan isi rumah penjawat awam turut dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM5,000 untuk mendapat subsidi yuran taska sektor awam berjumlah RM180 sebulan bagi meringankan kos yuran taska.

Azizah berkata program itu menyasarkan untuk membantu 3,344 kanak-kanak bagi 2014.

Beliau juga berkata pada 2013, sejumlah 1,042 taska telah berdaftar dengan JKM, iaitu melebihi sasaran awal 1,000 taska. — Bernama

Category: Berita Nasional, Sarawak

Car2u.asia