4Dpredict.com -  Free live result for TOTO, Magnum 4D, DAMACAI, Sweep, Singapore TOTO, Singapore 4D and many more

RM252.3 juta dibelanjakan untuk MyBrain15 sehingga 30 Nov 2013

| 10/12/2013 | 0 Comments
Email This Post Email This Post   Print This Post Print This Post  
1 Star2 Stars3 Stars4tars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan membelanjakan RM252.3 juta untuk program biasiswa pengajian lepasan ijazah ‘MyBrain15’ sehingga 30 Nov lepas.

Ketua Setiausaha II Kementerian Pendidikan Datuk Seri Dr Zaini Ujang berkata program yang ditawarkan dalam MyBrain15 ialah MyMaster, MyPhD dan MyPhD Industri.

“Daripada jumlah yang dibelanjakan itu 22,356 pelajar ditaja di bawah program MyMaster, 4,048 pelajar MyPhD dan 242 pelajar MyPhD Industri.

“Kerajaan memperuntukkan RM780 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (2011-2015) bagi program itu untuk mencapai objektif mengeluarkan 60,000 pemegang PhD menjelang 2020.

“Bagaimanapun setakat ini hanya 65 peratus daripada peruntukan itu dibelanjakan kementerian,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Hari Bersama Pelanggan Bahagian Biasiswa dan sesi status pelaksanaan Program MyBrain15 di Kementerian Pendidikan di sini semalam.

Zaini berkata kementerian yakin dapat mencapai sasaran yang ditetapkan menjelang 2015 iaitu sasaran untuk menaja 40,000 pelajar MyMaster, 5,000 pelajar MyPhD dan 500 pelajar MyPhD Industri menerusi sesi penerangan dan sesi Hari Bersama Pelanggan anjuran Kementerian Pendidikan yang diadakan dari semasa ke semasa.

Katanya program MyBrain15 bertujuan melahirkan golongan intelektual berpengetahuan tinggi untuk memacu pertumbuhan penyelidikan dan inovasi, sekali gus dapat memberi sumbangan kepada negara dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi kelak.

“Kementerian menerima banyak permohonan untuk program MyBrain15 namun kebanyakannya ditolak, antara sebabnya pemohon tidak boleh mengikuti kursus sepenuh masa, tidak mencapai kelayakan akademik yang diperlukan dan pelbagai lagi,” katanya.

Program MyMaster dan MyPhD terbuka kepada warganegara Malaysia yang tidak bekerja dan tidak memperoleh pendapatan tetap, bukan penjawat awam atau kakitangan badan berkanun, kakitangan di institusi pengajian tinggi awam, pekerja di sektor swasta dan pensyarah di institusi pengajian tinggi swasta, katanya.

Zaini berkata Program MyPhD Industri pula, terbuka kepada kakitangan daripada sektor swasta yang bekerja di industri dan badan berkanun yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian di peringkat PhD.

Beliau berkata orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai program itu dengan menghubungi Unit MyBrain15, Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan di talian Hotline 03-88881616 atau melayari laman web di www.moe.gov.my. — Bernama

Category: Berita Nasional, Sarawak

Car2u.asia