4Dpredict.com -  Free live result for TOTO, Magnum 4D, DAMACAI, Sweep, Singapore TOTO, Singapore 4D and many more

JPA Putrajaya lancar JPA4U sumbang keperluan untuk mangsa banjir

| 10/12/2013 | 0 Comments
Email This Post Email This Post   Print This Post Print This Post  
1 Star2 Stars3 Stars4tars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

PRIHATIN: Zabidi (empat kanan) bersama ahli-ahli misi melihat barangan keperluan asas sebelum Misi Bantuan Kemanusiaan JPA4U berlepas ke pusat-pusat perlindugan banjir pada majlis pelancaran itu di pekarangan ibu pejabat JPA di Putrajaya, semalam. Turut sama ialah Timbalan Ketua Pengarah JPA (pembangunan), Datuk Sharifah Zarah Syed Ahmad (tiga kanan). — Gambar Bernama

PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Putrajaya semalam  melancarkan JPA4U dengan tugasan pertama memberi bantuan kepada mangsa banjir di Kuantan.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata JPA4U setakat ini dianggotai kira-kira 300 penjawat awam dan mereka memberi bantuan termasuk makanan, pakaian dan barangan keperluan asas.

“Hari ini kira-kira 30 sukarelawan JPA4U menghantar bantuan tersebut yang bernilai RM5,000 hasil derma anggota JPA di Putrajaya sahaja,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Misi Bantuan Kemanusiaan JPA4U di sini semalam.

Beliau berkata sebelum ini melalui gerakan awal JPA4U, bantuan makanan mula diagihkan kepada 250 buah keluarga di bandar Kemaman pada Rabu lepas.

Katanya pengumpulan dana mahupun barangan keperluan akan dilakukan secara berterusan bagi membantu mangsa banjir meneruskan kehidupan di pusat penempatan sementara.

Justeru beliau meminta semua ketua jabatan supaya menggalakkan sumbangan daripada kakitangan masing-masing.

“Sudah tentu jika banjir ini surut dan mangsa kembali ke rumah masing-masing, sumbangan seperti peralatan pesekolahan bagi anak-anak menjadi keutamaan selain keperluan lain,” katanya. — Bernama

Category: Berita Nasional, Sarawak

Car2u.asia