4Dpredict.com -  Free live result for TOTO, Magnum 4D, DAMACAI, Sweep, Singapore TOTO, Singapore 4D and many more

GLC belanja RM96j untuk iklan di akhbar tahun ini

| 10/12/2013 | 0 Comments
Email This Post Email This Post   Print This Post Print This Post  
1 Star2 Stars3 Stars4tars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading...Loading...

KUALA LUMPUR: Kira-kira RM96 juta dibelanjakan oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk membeli iklan di akhbar tempatan pelbagai bahasa tahun ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata jumlah terbesar ialah di akhbar berbahasa Inggeris sebanyak RM49 juta, diikuti dengan akhbar bahasa Cina sebanyak RM24 juta, akhbar bahasa Melayu RM22 juta dan Tamil sebanyak RM238,000.

Pengiklanan GLC itu dibuat di akhbar-akhbar utama antaranya The Star dan New Straits Times bagi bahasa Inggeris, China Press dan Guang Ming bagi akhbar berbahasa Cina, menurut Najib yang juga Menteri Kewangan.

Utusan Malaysia dan Berita Harian untuk bahasa Melayu, serta Tamil Nesan dan Makkal Osai untuk bahasa Tamil, katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Senator Datuk Seri Mohd Ali Rustam pada persidangan Dewan Negara semalam.

Mohd Ali dalam soalannya ingin tahu jumlah GLC yang telah membelanjakan wang untuk iklan di dalam akhbar bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil sejak dua tahun lepas.

Najib berkata pada tahun lepas, GLC membelanjakan kira-kira RM164 juta untuk iklan dalam semua akhbar dengan RM89 juta untuk akhbar berbahasa Inggeris, RM39 juta berbahasa Melayu, RM35 juta berbahasa Cina dan RM229,000 untuk berbahasa Tamil.

Beliau berkata antara 17 GLC yang membeli iklan dalam akhbar tempatan ialah Axiata Group Berhad, Sime Darby Berhad, Malayan Banking Berhad, CIMB Group Holdings Bhd, Telekom Malaysia Berhad dan Tenaga Nasional Berhad. — Bernama

Category: Berita Nasional, Sarawak

Car2u.asia