4Dpredict.com -  Free live result for TOTO, Magnum 4D, DAMACAI, Sweep, Singapore TOTO, Singapore 4D and many more

CUEPACS tidak bela penjawat awam langgar undang-undang

| 12/12/2013 | 0 Comments
Email This Post Email This Post   Print This Post Print This Post  
1 Star2 Stars3 Stars4tars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading...Loading...

JOHOR BAHARU: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengulangi penegasan tidak akan membela penjawat awam yang melanggar undang-undang termasuk Akta Rahsia Rasmi.

“Berani buat berani tanggung kerana CUEPACS tidak akan mempertahankan mana-mana penjawat awam yang didapati membocorkan rahsia kerajaan, terlibat dalam jenayah mahupun rasuah.

“CUEPACS hanya membela dan menuntut keadilan terhadap penjawat awam yang ditindas dan dianiaya dalam tugas mereka,” kata Presidennya Datuk Omar Osman kepada pemberita, di sini semalam.

Omar yang ditemui selepas taklimat penambahbaikan skim perkhidmatan dan isu semasa bersama penjawat awam, diminta mengulas mengenai isu kebocoran kandungan dan penyebaran Kertas Tindakan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor berhubung cadangan mengubah hari cuti mingguan sebelum ini.

Awal November lepas, berita tentang pertukaran hari hujung minggu negeri Johor daripada Ahad kepada Jumaat berkuat kuasa Januari depan tersebar di laman sosial tanpa pengumuman rasmi oleh kerajaan negeri.

Lebih memeranjatkan gambar dokumen sulit mengenai perkara itu yang dialamatkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri bertarikh 9 Okt 2013 turut dimuat naik dalam laman sosial bagi menyokong berita berkenaan.

Mengulas mengenai pemilihan anggota Majlis Tertinggi CUEPACS sesi 2014/2016 yang akan berlangsung minggu depan, Omar berharap semua yang bertanding akan bersikap harmoni.

Semua yang bertanding juga perlu memikirkan tanggungjawab yang menanti mereka dalam meneraju CUEPACS kerana kesatuan ini menjadi tulang belakang kepada 1.4 juta penjawat awam, katanya. — Bernama

Category: Berita Nasional, Sarawak

Car2u.asia