4Dpredict.com -  Free live result for TOTO, Magnum 4D, DAMACAI, Sweep, Singapore TOTO, Singapore 4D and many more

Biasiswa tidak dibatal cuma tukar status: MAIDAM

| 10/12/2013 | 0 Comments
Email This Post Email This Post   Print This Post Print This Post  
1 Star2 Stars3 Stars4tars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading...Loading...

KUALA TERENGGANU: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) hanya menukar status biasiswa 40 daripada 95 pelajar tajaannya di Jordan kepada pinjaman boleh ubah yang diuruskan Yayasan Terengganu (YT).

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Inovasi dan Tugas-Tugas Khas negeri Terengganu, Ghazali Taib berkata MAIDAM tidak menganiaya pelajar dengan membatalkan penajaan biasiswa selagi pelajar itu mematuhi semua syarat dan perjanjian yang ditandatangani antara kedua-dua pihak.

“Ia hanya penukaran status iaitu daripada biasiswa kepada pinjaman boleh ubah kerana beberapa faktor antaranya mereka tidak menunjukkan pencapaian yang begitu bagus dan penilaian semula MAIDAM mendapati latar belakang keluarga mereka bukanlah daripada keluarga miskin yang layak menerima biasiswa.

“Namun, kami sedia menukar status itu kepada biasiswa andai mereka berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang,” katanya menjawab soalan tambahan Mohd Abdul Wahid Endut (PAS-Wakaf Mempelam) di persidangan Dewan Undangan Negeri semalam.

Kekeliruan timbul apabila pelajar terbabit berasa dianiaya kerana status biasiswa mereka diubah sedangkan keputusan itu dibuat selepas penilaian MAIDAM yang mendapati hanya 55 daripada 95 pelajar dikategorikan keluarga fakir dan miskin layak mendapat biasiswa itu, manakala bakinya, 40 orang pelajar diberi pinjaman melalui YT.

Menjawab soalan Mohd Abdul Wahid lagi, Ghazali berkata MAIDAM sudah menaja 2,243 pelajar seluruh Terengganu melanjutkan pengajian di bidang Syariah dan Usuluddin sejak 2008 hingga tahun ini.

Daripada jumlah itu, penajaan pelajar persendirian menerusi dermasiswa fisabillah Maidam bagi tahun 2008 ialah 350 orang, 2009 (342), 2010 (448), 2011 (474), 2012 (337) dan 2013 (393).

“Kesemua pelajar berkenaan dihantar ke sembilan negara iaitu Mesir, Jordan, Indonesia, Morocco, Yaman, Syria, Pakistan, Sudan dan Afrika Selatan,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Azan Ismail (PKR-Bandar) yang mahu tahu garis panduan mengenai peruntukan yang disediakan Maidam untuk tujuan dermasiswa pelajar, Ghazali berkata tiada peratusan tertentu yang dikhaskan, sebaliknya bantuan akan diberi secara fleksibel mengikut keperluan dan permohonan pelajar,” katanya. — Bernama

Category: Berita Nasional, Sarawak

Car2u.asia