Banjir di Terengganu, Johor dan Pahang semakin surut

| 10/12/2013 | 0 Comments
Email This Post Email This Post   Print This Post Print This Post  
1 Star2 Stars3 Stars4tars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading...Loading...

KUALA LUMPUR: Keada-an banjir di Trengganu, Johor dan Pahang semakin pulih dengan semakin ramai mangsa banjir dibenarkan pulang ke rumah manakala beberapa jalan utama boleh dilalui kenderaan, setakat jam 5 petang ini.

Di TERENGGANU, Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri melaporkan beberapa jalan utama iaitu Kuala Terengganu-Kuantan dan Lebuh-raya Jerangau-Jabor serta jalan pantai kini dibuka kepada semua kenderaan.

Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri (JPS) Terengganu melaporkan paras air di semua sungai utama di negeri itu juga berada di bawah paras amaran.

Di JOHOR, hanya tujuh pusat pemindahan banjir yang masih dibuka di Segamat petang ini bagi menempatkan 449 orang daripada 114 keluarga.

Pusat pemindahan tersebut ialah Balai Raya Kampung Sanglang, Balai Raya Kampung Tandong, SK Kampung Spang Loi, Balai Raya Gemereh IV (Batu Badak), Balai Raya Kampung Gemereh III, Balai Raya Pogoh 2 dan Sekolah Agama Kampung Kuala Paya.

Sementara itu, pusat pemindahan di Balai Raya Linau Kechil di Batu Pahat dan Balai Raya Parit Stan di Pontian yang dibuka pagi hari ini telah ditutup dan kesemua mangsa banjir telah dibenarkan pulang.

Di PAHANG, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan berkurangan kepada 32,189 orang, manakala kesemua tujuh pusat pemindahan yang menempatkan 137 mangsa banjir di daerah Raub telah ditutup tengah hari semalam.

“Sehingga jam 5 petang tadi (semalam), seramai 32,189 mangsa banjir yang terdiri daripada 9,879 keluarga masih ditempatkan di 132 pusat pemindahan di lapan daerah yang terjejas banjir,” kata jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang ketika dihubungi Bernama. — Bernama

Category: Berita Nasional, Sarawak

Car2u.asia