4Dpredict.com -  Free live result for TOTO, Magnum 4D, DAMACAI, Sweep, Singapore TOTO, Singapore 4D and many more

Tiga bantuan khas kerajaan

| 12/03/2013 | 0 Comments
Email This Post Email This Post   Print This Post Print This Post  
1 Star2 Stars3 Stars4tars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...
Muhyiddin beramah mesra dengan kanak-kanak di pusat penempatan sementara.

Muhyiddin beramah mesra dengan kanak-kanak di pusat penempatan sementara.

LAHAD DATU: Kerajaan mengumumkan tiga bantuan untuk penduduk kampung yang terjejas dalam Operasi Daulat berikutan insiden pencerobohan pengganas di Kampung Tanduo dan Tanjung Batu di sini, kelmarin.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, berkata bantuan itu ialah pemberian bantuan ehsan wang tunai RM1,000 kepada setiap keluarga, bantuan pembinaan semula rumah yang musnah dengan kos setiap rumah RM50,000 serta pembaikan kecil untuk rumah yang rosak, dan penjadualan semula bayaran pinjaman kepada penduduk yang berniaga dan meminjam daripada Majlis Amanah Rakyat (Mara), Tabung Ekonomi Usahawan Nasional (Tekun Nasional) dan Amanah Ikhtiar.

Bagi pembinaan semula, beliau berkata penduduk boleh memilih sama ada menerima bantuan itu atau berpakat dan berbincang dengan pemimpin setempat untuk berpindah ke satu lokasi dan kerajaan akan membina projek perumahan rakyat.

“Kerajaan sedar sepanjang berlakunya insiden ini, ianya telah mengganggu penduduk di daerah ini terutama sekali di zon merah untuk keluar mencari rezeki,” katanya pada sidang media selepas lawatan kerja sehari ke Felda Sahabat untuk meninjau perkembangan Ops Daulat di sini, kelmarin.

Menurutnya, bantuan itu akan diberikan kepada mereka yang berkelayakan warganegara atau mempunyai dokumen kelahiran yang sah sebagai warganegara sahaja.

Muhyiddin berkata, Majlis Keselamatan Negara akan membuat bancian bagi mendapatkan jumlah penduduk sebenar yang terlibat serta maklumat yang lebih terperinci mengenai penduduk yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan.

Berkenaan bantuan pembaikan atau pembinaan semula rumah-rumah yang musnah akibat insiden pencerobohan ini pula, Muhyiddin menjelaskan pemohonan perlulah melalui proses tertentu yang melibatkan pengesahan pemimpin tempatan.

Proses permohonan juga perlulah menepati kelayakan warganegara, mempunyai geran tanah penama yang memohon dan pengesahan sebagai penduduk kampung.

“Kerajaan negeri juga sedang dalam peringkat mencari tapak yang bersesuaian untuk menempatkan penghuni ke rumah yang lebih selesa agar dapat meneruskan hidup dengan lebih baik lagi,” katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata hanya tiga sekolah masih belum memulakan sesi persekolahan daripada 53 sekolah di Lahad Datu.

Sekolah itu ialah Sekolah Kebangsaan Lok Buani, Sekolah Kebangsaan Fajar Harapan dan Sekolah Kebangsaan Tanjung Labian.

Beliau berkata, pelajar yang berada di pusat pemindahan akan ditempatkan di sekolah lain di Felda Sahabat atau mendapat bimbingan pelajaran di pusat pemindahan berkenaan.

“Saya telah arahkan Jabatan Pelajaran negeri untuk menyediakan bas kepada mereka bagi tujuan pengangkutan serta bantuan buku sekolah dan pakaian sekolah,” katanya.

Turut hadir di majlis itu, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latif Ahmad, Anggota Parlimen Silam, Salleh Kalbi dan Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Dalam lawatan kerja seharinya ke Lahad Datu itu, Muhyiddin yang tiba di Padang Felda Sahabat 16 di sini pada jam 11.30 pagi, mengikuti taklimat keselamatan dan seterusnya meninjau pusat penempatan pasukan keselamatan di Dewan Desa Kencana serta melakukan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Kencana.

Muhyiddin turut melawat pusat penempatan sementara di Dewan Serbaguna Cenderawasih sebelum berlepas ke Tawau.

 

Category: Berita Sabah, Sarawak

About the Author (Author Profile)