4Dpredict.com -  Free live result for TOTO, Magnum 4D, DAMACAI, Sweep, Singapore TOTO, Singapore 4D and many more

Lelaki dipenjara 27 tahun, 20 sebatan

| 26/02/2013 | 0 Comments
Email This Post Email This Post   Print This Post Print This Post  
1 Star2 Stars3 Stars4tars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

SANDAKAN: Seorang bapa dijatuhkan hukuman penjara selama 27 tahun dan 20 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan merogol anak tirinya, yang dilakukan sejak tahun lepas.

Hakim Ummu Kalthom Abdul Samad menjatuhkan hukuman itu ke atas lelaki berumur 38 tahun itu kerana melakukan perbuatan berkenaan di antara pertengahan tahun lepas hingga awal Februari tahun ini di sebuah kampung di Telupid dekat sini.

Bagi kesalahan pertama, tertuduh dikenakan hukuman penjara selama 13 tahun dan 10 kali sebatan kerana merogol anak tirinya yang berumur 24 tahun beberapa kali di antara pertengahan hingga hujung tahun lepas.

Manakala, kesalahan kedua membabitkan hukuman penjara selama 14 tahun dan 10 sebatan selepas tertuduh kali terakhir didapati melakukan perbuatan sama pada 5 Februari tahun ini.

Mengikut fakta kes, mangsa membuat laporan polis pada 16 Februari lepas berhubung kejadian rogol berkenaan dan tertuduh telah ditangkap sepasukan anggota polis pada hari yang sama, bersabit kes berkenaan.

Atas kedua-dua kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun serta sebatan tidak kurang 10 sebatan jika sabit kesalahan.

Ummu Kalthom memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu secara berasingan.

Category: Berita Sabah, Sarawak

About the Author (Author Profile)