4Dpredict.com -  Free live result for TOTO, Magnum 4D, DAMACAI, Sweep, Singapore TOTO, Singapore 4D and many more

Pelan strategik bagi Saratok

| 09/02/2013 | 0 Comments
Email This Post Email This Post   Print This Post Print This Post  
1 Star2 Stars3 Stars4tars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

 

RAMAH MESRA: Taib menyapa ibu dan anak yang menyambut kehadiran beliau pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Saratok, semalam. Turut kelihatan Ragad dan Wahab (kiri). — Gambar Penerangan

RAMAH MESRA: Taib menyapa ibu dan anak yang menyambut kehadiran beliau pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Saratok, semalam. Turut kelihatan Ragad dan Wahab (kiri). — Gambar Penerangan

Peruntukan besar akan bangunkan kawasan dan penduduk secara terancang: KM

SARATOK: Kerajaan negeri telah merangka pelan pembangunan Saratok agar menjadi sebuah tempat strategik dan membangun secara terancang.

Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10), sejumlah RM123 juta telah diperuntukkan kepada kawasan Parlimen Saratok bagi memajukan sektor ekonomi, infrastruktur, pendidikan, pertanian dan sektor-sektor lain.

Menurut beliau, fasa pertama pelan pembangunan tersebut melibatkan pembinaan sebuah sekolah menengah baharu bernilai RM40 juta, masjid dan gereja baharu. “Pembangunan ini akan dapat dilihat hasilnya dalam sedikit masa sahaja lagi, jika kerajaan Barisan Nasional (BN) terus diberi mandat oleh rakyat untuk mentadbir negara.

“Jika kita lihat pada hari ini, taraf hidup masyarakat di kawasan Parlimen Saratok telah jauh berubah dan maju ke hadapan,” ujarnya semasa berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Masyarakat Saratok yang dihadiri kira-kira 1,000 penduduk tempatan, semalam.

Taib berkata, kajian menunjukkan purata pendapatan setiap isi rumah di Sarawak meningkat lebih 10 kali ganda sejak beberapa tahun lepas.

Ini menunjukkan sistem pentadbiran kerajaan BN berjaya meningkatkan kualiti hidup rakyat serta membantu mereka melonjakkan pembangunan yang meliputi kemajuan sosial, ekonomi, pertanian, pendidikan dan sebagainya secara seimbang, katanya.

Dalam ucapannya juga, Taib menyeru rakyat agar terus memberi sokongan padu kepada sesiapa sahaja calon BN yang bakal dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

“Kita yakin setiap calon yang dipilih untuk bertanding nanti adalah calon yang betul-betul sesuai, mempunyai kepakaran untuk memajukan rakyat dan kawasan ini, bertanggungjawab, berwibawa serta mempunyai ciri kepimpinan yang maksimum.

“Jangan biarkan kerajaan kita dipegang oleh pihak yang tidak berpengalaman dalam mentadbir negara kerana tindakan sedemikian umpama menggelapkan masa depan sendiri,” tegas Taib.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah isteri Taib, Puan Sri Ragad Kurdi Taib; Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Menteri Kemajuan Sosial Tan Sri William Mawan Ikom, Ahli Parlimen Saratok Jelaing Mersat, Menteri Muda Kemajuan Tanah Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kalaka Datuk Abdul Wahab Aziz, Menteri Muda Pertanian (Penyelidikan dan Pemasaran) Datuk Mong Dagang.

Terdahulu, Wahab dalam ucapan alu-aluannya berkata kerajaan dan pemimpin BN tidak pernah melupakan janji yang telah dilafazkan kepada rakyat.

Buktinya bagi kawasan Parlimen Saratok, kerajaan sedang giat menjalankan beberapa projek pembangunan yang telah dijanjikan, kata Wahab.

“Jika kita lihat pada hari ini, beberapa projek besar yang telah diumumkan oleh kerajaan sedang giat dijalankan.

“Antaranya, naik taraf Jalan Ulu Awik dan Krian yang sudah siap proses tender, sebuah sekolah menengah baharu bernilai RM40 juta memasuki fasa pertama pembinaan, manakala projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) yang menelan belanja RM100 juta juga sedang giat dibina,” jelasnya.

Wahab berkata, pembinaan padang dan pekan baharu Kabong turut dilaksanakan, manakala aktiviti agrotani di kawasan itu sedang rancak diusahakan melibatkan masyarakat setempat dan pihak yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan.

Sementara itu, Jelaing yang turut berucap pada majlis itu berkata, Saratok telah berkembang maju di bawah pentadbiran kerajaan BN. “Ini membuktikan kemampuan BN dalam mentadbir negeri dan negara ini tidak dapat dipertikaikan lagi.

“Malah, gelombang kedua transformasi yang sedang dibuat oleh kerajaan pada masa ini lebih banyak memfokuskan kepada kemajuan masyarakat di luar bandar,” katanya.

Jelaing menarik perhatian, salah satu bukti pembangunan di kawasan Parlimen Saratok ialah pembinaan loji untuk membekalkan air bersih ke kawasan luar bandar bernilai RM25 juta.

“Rakyat harus ingat bahawa pembangunan dan kemajuan bukan suatu yang boleh disalurkan dalam tempoh singkat, sebaliknya ia memerlukan masa kerana banyak perkara yang perlu diselidik dan dipertimbang sebelum dilaksanakan.

“Oleh yang demikian, interaksi dan kesepakatan di antara semua pihak amat diperlukan dalam memastikan semua perancangan tersebut berjalan lancar,” jelas Jelaing.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

About the Author (Author Profile)