4Dpredict.com -  Free live result for TOTO, Magnum 4D, DAMACAI, Sweep, Singapore TOTO, Singapore 4D and many more

Bobby, Babic tunjuk ‘taring’

| 09/01/2013 | 0 Comments
Email This Post Email This Post   Print This Post Print This Post  
1 Star2 Stars3 Stars4tars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Sarawak mengorak langkah bergaya mencuri tiga mata berharga di Kangar

KUCHING: Dua gol sentuhan daripada rangkaian penyerang, Ivan Babic dan Bobby Gonzales sudah memadai untuk Sarawak mencuri tiga mata berharga pada pertemuan pembuka tirai Liga Perdana 2013 menentang Perlis di Stadium Utama Negeri, Kangar petang kelmarin (Isnin).

Biarpun hanya mendapat sokongan sekitar 20 orang penyokong fanatik, Sarawak tetap mempamerkan permainan meyakinkan untuk mengejutkan jaguh Singa Utara itu.

Tuan rumah terlebih dahulu membuka jaringan menerusi penyerang import mereka dari Ghana, Dennis Antwi pada minit ke-16.

Selang empat minit kemudian, Ivan memadam kegembiraan penyokong tuan rumah menerusi gol pertama peribadinya untuk Sarawak pada musim ini.

Penyerang dari Croatia itu mudah menew-askan penjaga gol Perlis setelah me-nerima han-taran silang daripada pemain sayap kiri, Azizan Saperi.

Rentak permainan mula berubah ketika gol penyamaan tersebut dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan demi serangan untuk memimpin perlawanan.

Pada minit ke-24, ayam tambatan dari Sabah, Bobby Gonzales menambah derita skuad kendalian Abdullah Hassan dengan meledak gol kedua setelah bijak mengelecek dua pemain pertahanan Perlis.

Menyedari ketinggalan, Perlis menggandakan usaha sebaik separuh masa kedua dimulakan.

Namun, kekentalan barisan pertahanan yang dikawal ketat oleh Guy Bwele dan Ronny Harun berjaya mematahkan serangan bertubi pihak lawan.

Sarawak juga harus berterima kasih kepada ‘Man Of The Match’ perlawanan itu, Sani Anuar Kamsani yang bertindak cemerlang dalam situasi satu lawan satu.

Ketika perlawanan memasuki minit ke-75, Ramesh Lai Ban Huat dilayangkan kad merah setelah menerima kad kuning kedua kerana melengah-lengahkan permainan.

Ketiadaannya merencat corak permainan Sarawak, namun skuad kendalian Robert Alberts berjaya mengekalkan kedudukan sehingga tamat perlawanan.

Alberts ketika dihubungi semalam, memberitahu beliau menarik nafas lega dengan kejayaan anak-anak buahnya mencuri tiga mata berharga pada perlawanan sulung mereka.

“Secara keseluruhannya, saya sangat berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh semua pemain biarpun kita kehilangan Ramesh akibat layangan kad merah.

“Ini permulaan yang cukup baik dan saya berharap semua pemain dapat mengekalkan momentum tersebut pada perlawanan seterusnya,” katanya.

Menurut Alberts, rangkaian penyerang Bobby dan Ivan telah menampakkan hasil yang didambakan sambil berharap kedua-dua tonggak utama itu akan terus mempamerkan aksi berbisa mereka selepas ini.

Sarawak berada di tangga ke lima di belakang Polis, Kedah, Pos Malaysia dan Sabah.

Skuad Ngap Sayot akan melayan kunjungan pasukan pendatang baharu Liga Malaysia musim ini iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada Jumaat ini di Stadium Negeri Kuching.

Category: Sarawak, Sukan

About the Author (Author Profile)