4Dpredict.com -  Free live result for TOTO, Magnum 4D, DAMACAI, Sweep, Singapore TOTO, Singapore 4D and many more

Sarawak azam kembali ke Liga Super

| 04/01/2013 | 0 Comments
Email This Post Email This Post   Print This Post Print This Post  
1 Star2 Stars3 Stars4tars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

SEGAK: (Dari kiri) Guy Bwele, Shahrol Saperi, Joseph Kallang Tie, Aidil Mohamad dan Sani Anuar Kamsani menayangkan jersi terbaharu Sarawak.

Para pemain skuad Ngap Sayot berazam tinggi memadam kenangan pahit tahun lepas: Sudarsono

KUCHING: Kempen Liga Perdana 2013 bakal bermula empat hari sahaja lagi na­mun Bujang Senang sudah memasang impian untuk kembali semula ke Liga Su­per pada tahun hadapan.

Mendapat suntikan seman­gat daripada Presiden Per­satuan Bola Sepak Sarawak (FAS) Datu Sudarsono Os­man malam kelmarin, pemain Sarawak berazam memadam episod duka tahun lepas dan memburu juara liga bagi me­realisasikan hasrat tersebut.

“Kita sedar ia bukan misi mudah namun jika semua pemain menunjukkan komit­men dan mempamerkan per­mainan bersungguh-sung­guh, sasaran untuk kembali semula di persada Liga Super pasti tercapai.

“Yang penting, pemain perlu memiliki mentaliti kemenangan dalam setiap perlawanan dan sentiasa berusaha memperbaiki kele­mahan masing-masing,” jelas Sudarsono.

Beliau berkata demikian semasa majlis pelancaran jersi terbaharu tajaan Lea Sports Centre yang turut dihadiri oleh Timbalan Presiden FAS Mohamad Abu Bakar Marzu­ki, Exco FAS, skuad Liga Per­dana dan Piala Presiden, para penaja dan kelab penyokong bola sepak Sarawak di Mer­deka Palace, kelmarin.

Menilai peluang Sarawak, Sudarsono yakin skuad bimb­ingan Robert Alberts mampu menamatkan kempen di dua tempat teratas kerana se­bahagian besar pemainnya pernah bersaing dalam Liga Super.

Justeru, beliau mahu pe­main terbabit mencurahkan pengalaman sedia ada ke­pada rakan lain agar dapat membantu memantapkan skuad lantas mengembalikan kegemilangan skuad.

Kehadiran lima pemain im­port baharu Bobby Gonzales, Ronny Harun, Mafry Ba­lang, Ivan Babic dan Ahmad Aminuddin Shaharuddin turut menjadi tonik istimewa untuk skuad Sarawak pada tahun ini, jelas beliau lagi.

“Setakat ini, saya sangat berpuas hati dengan kesemua pemain import lebih-lebih lagi Ivan dan Bobby. Saya yakin gandingan kedua mereka bakal menjadi senjata utama kita musim ini.”

Presiden FAS itu juga mer­akamkan terima kasih kepada para penyokong yang sen­tiasa menjadi tulang belakang skuad selama ini.

Namun, mereka juga perlu bekerjasama dalam memas­tikan insiden yang berlaku pada musim lepas tidak beru­lang, tegasnya.

Sudarsono juga melem­parkan harapan tinggi untuk melihat hanya anak tempatan bermain untuk skuad Bujang Senang di masa akan datang.

Bagi mencapai sasaran tersebut, FAS bertekad untuk merancakkan lagi program pembangunan bola sepak dengan memfokus kepada pembangunan remaja meli­puti seluruh negeri.

Sarawak akan membuka kempen Liga Perdana 2013 menentang Perlis di Stadium Utama Negeri, Kangar Isnin depan.

Sementara itu, skuad Liga Perdana dan Piala Presiden Sarawak 2013 mendapat tajaan produk jenama Star­sport berjumlah RM300,000 dari Lea Sports Centre (LSC) semalam.

Selain itu, LSC turut menaja program pembangunan bola sepak seperti skuad bawah 17 tahun dan Sukan Malaysia (Sukma).

Majlis penyerahan tajaan telah disempurnakan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) Datu Sudarsono Osman di Stadium Negeri semalam.

Menurut Sudarsono, skuad Sarawak telah mendapat tajaan dari Lea Sports Centre selama 23 tahun dan mereka banyak memberi sokongan terutama dalam program pembangunan sukan negeri khususnya.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan LSC Raymond Sim berjanji untuk terus mem­bantu memantapkan mutu sukan tempatan.

Turut hadir ialah Timbalan Presiden FAS Mohamad Abu Bakar Marzuki, wakil LSC, para jurulatih dan pemain.

 

Category: Sarawak, Sukan

About the Author (Author Profile)