4Dpredict.com -  Free live result for TOTO, Magnum 4D, DAMACAI, Sweep, Singapore TOTO, Singapore 4D and many more

Pemuda maut diserang dua kumpulan bergaduh

| 02/01/2013 | 0 Comments
Email This Post Email This Post   Print This Post Print This Post  
1 Star2 Stars3 Stars4tars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

MIRI: Sambutan Tahun Baharu 2013 pada tengah malam semalam yang awalnya mengembirakan, bertukar tragik bagi seorang pemuda yang diserang beramai-ramai oleh dua kumpulan yang bergaduh, hingga menyebabkan kematiannya.

Dalam kejadian yang berlaku di Pusat Komersil Centrepoint Fasa II, di sini, jam 3 pagi semalam, mangsa yang dikenali sebagai Abdul Harris Zainal, 22, dari Piasau Utara di sini, meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian badan yang lain.

Sebelum diserang, mangsa dan rakan-rakannya berada berhampiran dengan kawasan di mana kedua-dua kumpulan bergaduh sesama sendiri.

Namun mangsa yang dikatakan ‘masuk’ ke kawasan perbalahan kumpulan tersebut, telah menjadi tempat beberapa ahli kumpulan terbabit melepaskan kemarahan mereka dengan melepaskan tumbukan bertalu-talu ke arah mangsa.

Menurut sumber, mangsa cuba mempertahankan diri namun kecederaan di muka dan kepala dalam serangan beramai-ramai itu menyebabkan mangsa tidak berdaya melepaskan diri.

Rakan-rakan mangsa yang berada di luar premis, tidak diserang.

Mangsa kemudiannya dihantar ke hospital dan polis yang dimaklumkan mengenai kejadian itu tiba di tempat kejadian untuk menyiasat.

Mangsa meninggal dunia di Hospital Miri di sini pada jam 11 pagi semalam, akibat kecederaan serius yang dialami manakala dua lagi yang lain mengalami kecederaan ringan dalam pergaduhan antara kumpulan tersebut.

Sementara itu Ketua Polis Daerah (KPD) Miri ACP Mun Kok Keong tidak dapat dihubungi bagi mengulas mengenai kejadian tersebut.

Dalam pada itu, ahli keluarga mangsa dan rakan-rakannya yang marah dengan kejadian tersebut kelihatan berkumpul di luar rumah mayat Hospital Miri, selepas mengetahui mengenai insiden berkenaan.

Bagaimanapun tiada kejadian tidak diingini dilaporkan berlaku dan kumpulan berkenaan kemudiannya bersurai

Category: Berita Tempatan, Sarawak

About the Author (Author Profile)