4Dpredict.com -  Free live result for TOTO, Magnum 4D, DAMACAI, Sweep, Singapore TOTO, Singapore 4D and many more

Senau FC bergelar juara Piala Pusingan DFA

| 20/12/2012 | 0 Comments
Email This Post Email This Post   Print This Post Print This Post  
1 Star2 Stars3 Stars4tars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

MUKAH: Pasukan Senau FC bergelar juara selepas berjaya mengalahkan Pemuda Boom dengan kemenangan 4-3 melalui penentuan sepakan penalti sekali gus menjulang Piala Pusingan Datuk Fatimah Abdullah (DFA) edisi kedua tahun ini.

Kejohanan Bola Sepak Liga Tertutup Dalat Piala Pusingan DFA itu adalah anjuran bersama Pergerakan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dalat dan Kelab Sukan Komuniti (KSK) Dalat.

Senau FC membawa pulang wang tunai RM1,000, piala pusingan, piala iringan dan medal. Manakala naib juara (Pemuda Boom) menerima RM600, piala dan medal.

Tempat ketiga bersama ialah pasukan 2nd Intake United dan Putera Hanisa FC yang masing-masingnya menerima hadiah wang tunai RM200, piala dan medal.

Anugerah pasukan Terbaik dimenangi oleh Kala Hilir yang mewakili Kampung Kuala Hilir Oya.

Sebanyak 16 pasukan menyertai kejohanan itu terdiri daripada FT Balan, FC Balan, KRT Pekan Dalat, Mamboo, Tan-Ako, Tanam FC, Ngahil Oya, JKKKKTO-12, Senau East End, Brunei DD, Kala Hilir, Harimau Dalat, Pemuda Boom, Senau FC, 2nd Intake dan Putera Hanisa FC.

Hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat, Datuk Fatimah Abdullah, Ketua Pemuda PBB Razalie Jeraie dan Pegawai Tadbir Daerah Kecil Oya.

Category: Sarawak, Sukan

About the Author (Author Profile)