Atlet Tang Soo Do Miri bukti kehebatan
MIRI: Miri terus cemerlang dalam seni mempertahankan diri apabila Persatuan Tang Soo Do Miri (PTSDM) muncul tempat ketiga pada Kejohanan Tang Soo Do Kebangsaan Ke-19 di Kuching baru-baru ini.
Secara keseluruhan, PTSDM memperolehi empat pingat emas, enam perak dan tiga gangsa di belakang pasukan Kuching (tempat kedua) dan Perak (juara).
Pingat yang dimenangi pasukan Miri adalah daripada Mohd Sabran Abdullah (dua emas), Clause Iandlixsklainz Tajem (satu emas) dan Patrick Robert Gau (satu emas).
Manakala Jezebel Beyro Benhur, Menie, Dunstan Tingang Laing, Alvin Julies, Roland Raymond Ding dan Agusline Ngalai Anyim masing-masing mendapat satu perak.
Sementara itu, Ernilyn Lopen, Emilia Nening Laing dan Victony Sanjau Lau Maurie Paramus pula masing-masing meraih satu gangsa.
Presiden PTSDM dan Ketua Instruktur Master Tiong Ching Chiong memberitahu bahawa keputusan berkenaan adalah sama seperti dalam kejohanan tahun lalu.
“Kita sepatutnya mendapat keputusan lebih baik, namun kita sudah melakukan yang terbaik, justeru kita lihat bagaimana tahun hadapan,” katanya.
Dalam menghadapi kejohanan tahun hadapan, beliau berkata, pihaknya akan membuat persediaan lebih rapi untuk keputusan lebih baik.
“Kita harus bersikap optimis untuk berada di tangga teratas pada suatu ketika nanti melalui peningkatan dalam latihan dan penyertaan kejohanan,” katanya.
Seramai 130 peserta dari seluruh Malaysia menyertai kejohanan selama dua hari itu.






