4Dpredict.com -  Free live result for TOTO, Magnum 4D, DAMACAI, Sweep, Singapore TOTO, Singapore 4D and many more

Kereta putus dua, dua bersaudara maut kemalangan

| 10/12/2012 | 0 Comments
Email This Post Email This Post   Print This Post Print This Post  
1 Star2 Stars3 Stars4tars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

KELIHATAN anggota keselamatan dan bomba sedang melakukan pemeriksaan di lokasi insiden.

KOTA KINABALU: Dua bersaudara maut dan kenderaan dinaiki terputus dua dalam satu nahas jalan raya di Jalan Kolam, Luyang malam Ahad lalu.

Mangsa dikenali sebagai Deidre R Jinol, 20, meninggal dunia di tempat kejadian manakala saudaranya Jeremiah Isaac Alex Among, 22, meninggal ketika menerima rawatan di hospital setelah mengalami kecederaan di seluruh anggota badan.

Lebih mengerikan, kereta jenis Mitsubisihi Galant yang dinaiki kedua-dua mangsa telah terputus dua akibat impak kemalangan itu sehingga menyebabkan salah seorang daripada mereka tercampak ke atas jalan raya dalam kejadian berlaku sekitar jam 10 malam berkenaan.

Terdahulu sebelum insiden terbabit terjadi, dikatakan kedua-dua mangsa sedang menuju ke pusat bandar dari arah Luyang dan tidak semena-mena kenderaan dinaiki mereka hilang kawalan di lokasi nahas berlaku.

Kereta terbabit kemudiannya dipercayai memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung sebuah pacuan empat roda jenis Isuzu D-Max yang kebetulan menuju ke daerah Luyang dari arah Bandaraya Kota Kinabalu.

Bagaimanapun, lima individu yang menaiki D-Max berkenaan hanya cedera ringan dalam insiden terbabit.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan meminta kepada orang ramai yang menyaksikan kemalangan itu untuk tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan.

“Kedua-dua mangsa yang meninggal dunia telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk proses bedah siasat.

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan polis meminta kepada masyarakat yang mempunyai maklumat untuk tampil segera memberikan bantuan bagi menyelesaikan kes,” katanya.

Category: Berita Sabah, Sarawak

About the Author (Author Profile)