MIRI: Dua kanak-kanak mati lemas sementara seorang lagi mengalami kecederaan di kaki setelah terjatuh ketika bermain di kawasan beting batu di pantai Taman Selera, Tanjung Lobang dekat sini petang semalam.
TRAGEDI: Zarina menangis melihat keadaan anaknya Mohd Naim yang telah meninggal dunia kerana lemas di pantai Tanjong Lobang petang semalam.
Mangsa yang lemas dikenali sebagai Mohd Tufail, 11, dan sepupunya, Abang Mohd Naim, 12, sementara adik Tufail yang dikenali sebagai Mohd Afiq Azmi hanya mengalami kecederaan di kaki.
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 6 petang semalam, Mohd Naim telah bertindak terjun ke dalam laut untuk menyelamatkan Tufail dan Afiq yang telah terjatuh dari kawasan beting batu tersebut.
Bagaimanapun, Afiq berjaya berpaut pada batu di tebing dan menyelamatkan diri sementara Tufail dan Naim hilang dipukul ombak ke laut.
Terkejut dengan kejadian itu, ahli keluarga mangsa kemudian menghubungi polis dan anggota Bomba dan Penyelamat untuk membantu mencari dan menyelamatkan mangsa yang hilang.
Sekitar jam 6.15 petang, seorang pelancong dari Denmark yang ditemani pemandu pelancong terkejut melihat benda terapung dan hanyut di pantai, berhampiran kawasan berkenaan.
“Mula-mula kami tidak sedar ia adalah mayat. Tetapi setelah melihat dekat, kami terkejut barang yang hanyut bergolek itu adalah seorang budak lelaki,” Willie Kajang, 52 yang menemani pelancong Marian H Jorth berehat di pantai itu petang semalam.
Menurut Willie, Marian cuba untuk menyelamatkan mangsa dengan melakukan CPR untuk mendapat semua nadi mangsa tetapi tidak berjaya.
“Saya telah melakukan sedaya upaya untuk menyelamatkan budak itu, tetapi tidak dapat,” jelas Marian yang juga merupakan seorang jururawat.
Ibu bangsa dikenali Zalina, 38 tahun bersama ahli keluarga lain turut berlari mendapatkan mayat mangsa yang telah kaku terpaksa ditenangkan oleh ahli keluarga yang lain.
Sementara mayat Mohd Tufail telah ditemui pada jam 7 malam iaitu 400 meter dari mayat mangsa pertama.




