Categorized | Berita Tempatan, Sarawak News

Email This Post Email This Post | Print This Post Print This Post

Murid Tahun 4 mati lemas terjatuh ke dalam parit

MIRI: Keghairahan lima sekawan bermain di tepi sebuah parit berhampiran Pusat Komersil Emart di sini, petang semalam berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka mati lemas setelah terjatuh ke dalam parit yang dipenuhi air itu.Mangsa yang dikenali sebagai Mohd Ariffin Yusuf, 10, dari Tudan Fasa 2 di sini, disahkan meninggal dunia sekitar jam 6 petang semalam ketika menerima rawatan di Unit Kemala-ngan dan Kecemasanm, Hos-pital Miri di sini.

Menurut sumber, dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 4 petang itu, mangsa bersama empat lagi rakannya telah pergi ke kawasan parit tersebut untuk bermain-main sempena musim cuti sekolah yang bermula sejak hujung minggu       lepas.

Parit itu, yang terletak tidak jauh dari jalan utama Permyjaya menuju ke Senadin di-    penuhi air berikutan hujan le-bat di kawasan Permyjaya pada Selasa lepas.

Ketika sedang bermain-main, mangsa dikatakan telah terjatuh ke dalam parit yang sedalam lebih satu meter itu.

Melihat mangsa terjatuh ke dalam parit berkenaan, salah seorang rakannya berlari ke arah ayah mangsa yang ketika itu sedang berniaga kuih-muih di gerai Emart.

Setelah dimaklumkan tentang kejadian itu, ayah dan abang mangsa bergegas ke tempat kejadian dan segera menarik keluar mangsa dari dalam parit un-tuk diberi bantuan pernafasan.

Mangsa kemudian dikejar-kan ke Klinik Kesihatan Tudan setelah gagal memberikan tindak balas positif sebelum di-rujuk ke unit kecemasan Hospital Miri.

Sementara itu, menurut seorang rakan kepada bapa mangsa yang sama berniaga di Emart dan hanya dikenali sebagai Voon, kejadian malang yang menimpa mangsa amat mengejutkan kerana pada sebelah pagi semalam, mangsa masih dilihat bermain-main di sekitar gerai bapanya.

“Saya sungguh tidak me-nyangka mangsa meninggal dunia dalam masa yang singkat begini memandangkan baru pagi tadi (semalam) saya melihat dia bermain-main di gerai bapanya dan membeli aiskrim dengan banyak serta membawa ikan keli seberat lebih sekilogram hasil pancingnya,” kata-nya yang masih terkejut de-ngan kejadian itu.

Katanya, sepanjang cuti sekolah ini mangsa sering dilihat menemani ayahnya berniaga.

Mangsa yang menuntut dalam Tahun Empat di sebuah sekolah rendah di sini me-rupakan anak bongsu dalam keluarga.

Leave a Reply

blog comments powered by Disqus
Subscribe to NewsLetter
*Your email address:
*Enter the security code shown:
 
Follow us on
  • Polls
    • Could Taib’s cousin Norah be the next Sarawak’s Chief Minister?

      View Results

      Loading ... Loading ...