Berita Tempatan, Sarawak News - Found on mysarawak.org. Posted on Tuesday, February 9, 2010 - 0 Comments
Kerajaan belanja RM96 juta untuk tampung subsidi pengangkutan
|
LIMBANG: Kerajaan pusat membelanjakan sebanyak RM96 juta tahun ini untuk menampung subsidi pengangkutan di seluruh negara bagi memastikan rakyat, khususnya di pedalaman menikmati harga barangan perlu sama di kawasan bandar.
KURANGKAN GULA: Ismail Sabri (tengah) menunjuk isyarat ‘kurangkan gula’ ketika melancarkan penyeragaman harga di Kampung Meritam semalam. Kelihatan sama ialah Hasbi, Dr Rahman serta (dari kiri) Rodin dan Wan Ahmad. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah tersebut RM60 juta diperuntukkan bagi Sarawak supaya harga barangan perlu dapat dikekalkan. “Ini merupakan lambang usaha gigih kerajaan untuk membantu penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman di negeri ini menikmati penyeragaman harga seperti di kawasan bandar,” katanya. Beliau memberitahu perkara itu pada pelancaran Projek Pengedaran Barang perlu, Penyeragaman Harga LPG serta projek ‘Community Drumming’ di Kampung Meritam semalam. Hadir sama ialah Ahli Parlimen Limbang, Hasbi Habibollah, ADUN Bukit Kota, Dr Abdul Rahman Ismail, Wakil Residen, Stephen Kalong, Timbalan Ketua Setiausaha KPDNKK Daud Tahir, Pengarah KPDNKK Negeri, Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman dan Ketua Urusetia Sekretariat Majlis Harga Barang Negara (MHBN), Rodin Mamat. Ismail Sabri berkata, kerajaan menyedari beban yang terpaksa ditanggung penduduk di pedalaman dengan memberi fokus kepada usaha untuk meningkatkan taraf hidup mereka. “Di sesetengah kawasan di negeri ini yang jauh dari bandar dan tidak dapat dihubungkan melalui jalan darat terpaksa berdepan dengan perbezaan harga barang perlu berbanding di bandar. “Perbezaan yang tinggi ini bukan saja menyukar mereka malah membebankan rakyat di pedalaman,” jelas beliau. Atas kesedaran ‘kerajaan milik rakyat’, ujarnya, kerajaan berusaha untuk mengurangkan beban yang dirasai penduduk di Sabah, Sarawak dan sebahagian tempat di Semenanjung. “Malah kerajaan turut menambah jumlah subsidi dan tanggungan untuk mempastikan harga di bandar adalah sama dengan di kawasan luar bandar,” katanya. Justeru, jelasnya, kerajaan bersedia untuk menanggung subsidi barangan tersebut untuk memastikan mereka tidak menanggung bebab berkaitan harga barang. Beliau memberitahu kerajaan turut menambah sebanyak 25 barang perlu lain pada tahun ini dan akan diteruskan pada masa hadapan bagi meringankan beban mereka. Menyentuh mengenai subsidi gula pula, katanya, kerajaan terpaksa mengeluarkan belanja lebih RM1 bilion untuk memastikan harga gula di pasaran dapat dikekalkan seperti harga lama. “Tahun lepas kerajaan turut berbelanja sebanyak RM720 juta setahun untuk subsidi gula bagi mengekalkan harga lama. “Kerajaan hanya dapat menjimatkan sebanyak RM200 juta setahun hasil kenaikan sebanyak 20 sen harga gula yang diumumkan,” ujarnya. Beliau turut melahirkan kebimbangan dengan tabiat rakyat di negara ini yang gemar makan ‘gula’ dengan purata 26 sudu teh gula sehari. “Ia adalah perkembangan tidak sihat dan bertentangan dengan amalan kesihatan kita yang mewajibkan pengambilan tidak lebih 10 sudu gula sehari,” tambahnya. Katanya, keadaan tersebut juga meletakkan Malaysia sebagai salah satu negara yang mempunyai penyakit kencing manis tertinggi di dunia. “Pada tahun ini juga kerajaan menjangkaan seramai 1.2 juta rakyat di negara ini menghidap penyakit kencing manis dan 4 peratus daripadanya adalah penduduk di negeri ini,” katanya lagi. Mengulas mengenai program penyeragaman harga yang dilancarkan itu, beliau berkata pihak kementerian turut melaksana program serupa di 98 kawasan di negara ini. |
Share
Random Posts
translated version
![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | |
| By N2H | |||||||||||
Subscribe Newsletter to get update, notification
Find us on twitter
Court, Sarawak News - Mar 19, 2010 - 0 Comments
Ex-factory worker saved from the gallows
More In Sarawak News
-
Dua sepupu mati lemas di pantai Tanjung Lobang
-
First Sail targets sales of 20 units monthly
-
Some 4,000 yet to register for allowance
-
300 to run in sarong for charity
-
GST not an additional tax – Najib
Iban, Sarawak News - Dec 30, 2009 - 0 Comments
Begandin ngemajuka Sarawak
More In Iban
- Kastam nerima lapan buah perau laju taun baru tu ila
- Sebelas bala samseng ditangkap belaya maya Hari Krismas di Durin
- Philip Ngo tetap enggau peragam ati iya
- Ripot ngagai polis enti bisi raban parti ngemba
- Atur rega insap kena ngurang pengawa bebelika insap
















Leave a Reply