Categorized | Berita Tempatan, Sarawak News

Email This Post Email This Post | Print This Post Print This Post

Lelaki masuk Unit Kecemasan selepas terlibat kemalangan

KUCHING: Seorang lelaki berusia 20 tahun dimasukkan ke Unit Kecemasan selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Kuching-Serian berhampiran sebuah kem tentera.

TRAGEDI: Polis memeriksa mayat Damizzy di tempat kejadian.

TRAGEDI: Polis memeriksa mayat Damizzy di tempat kejadian.

Mangsa dipercayai memandu laju dan terus hilang kawalan sebelum terpelanting ke dalam longkang di tepi jalan raya.

Mangsa mengalami kecederaan teruk di kaki kiri selepas terlekat di dashboard kereta menyebabkan dia terperangkap dalam kereta Perodua Vivanya.

Seorang saksi dari kem tentera tersebut terus membuat panggilan kepada paramedik daripada Klinik Batu 7 dan Rescue 991.

Pasukan penyelamat terpaksa menggunakan pemotong besi dan mengambil masa selama 20 minit untuk mengalihkan mangsa dari rangka kereta yang remuk itu.

Sementara itu, seorang remaja berusia 17 tahun dari Kampung Selabat di Muara Tebas mati di tempat kejadian setelah terlibat dalam kemalangan pertembungan dua motosikal di Jalan Sungai Bako pada malam Sabtu lepas.

Mohd Damizzy Maharop yang menunggang motosikal menuju ke Bako untuk menghadiri majlis perkahwinan hilang kawalan terhadap motosikalnya itu menyebabkan dia terjatuh.

Pasukan penyelamat tiba 20 minit kemudian dan mangsa terus dihantar ke hospital.

Leave a Reply

blog comments powered by Disqus
Subscribe to NewsLetter
*Your email address:
*Enter the security code shown:
 
Follow us on
  • Polls
    • Could Taib’s cousin Norah be the next Sarawak’s Chief Minister?

      View Results

      Loading ... Loading ...