Categorized | Local, Sarawak News

Email This Post Email This Post | Print This Post Print This Post

Melaka mahu contohi Kuching

Kerajaan Negeri Melaka bercadang tanam pokok di tepi jalan raya setelah melihat keindahan bandar raya Kuching

KUCHING: Kerajaan Negeri Melaka bercadang untuk menanam pokok-pokok besar di tepi jalan raya berikutan keindahan Bandar raya ini yang terserlah setelah sekian lama mempraktikkan ciri-ciri kehijauan alam sekitar di kota.Pengerusi Jawatankuasa Pihak Berkuasa Tempatan dan Alam Sekitar Melaka Datuk Latiff Tamby Chik berkata, terlintas di fikirannya untuk mengadaptasikan perancangan bandar seperti dilakukan oleh Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).
Katanya, kewujudan pokok-pokok di tengah-tengah bandar raya yang sibuk membangun seperti Kuching mampu menenangkan fikiran ketika memandu.

Menurut beliau, jika dilakukan di Melaka, ia pasti akan mengindahkan bandar raya itu yang diiktiraf oleh Organisasi Pelajaran, Saintifik dan Kebudayaan (UNESCO), Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sebagai Tapak Warisan Dunia.

“Bermula dari lapangan terbang hingga ke pusat bandar, saya tertarik dengan kehijauan pokok-pokok yang ditanam di tepi jalan raya. Pokok-pokok ini menyejukkan pemandangan, selain menurunkan kepanasan suhu di jalan raya.

“Kita tertarik untuk berbuat demikian sejajar dengan hasrat untuk meningkatkan prestasi industri pelancongan,” katanya berucap dalam majlis makan malam anjuran MBKS sempena lawatan rombongan dari Melaka yang diketuai Latiff di sini, malam Khamis lepas.

Hadir sama ialah Timbalan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (Pusaka) Hashim Bojet.

Latiff berkata, banyak perkara yang boleh dipelajari Kerajaan Negeri Melaka daripada Sarawak menerusi lawatan selama empat hari bermula Selasa lepas.

Menurut beliau, pengurusan sungai di Sarawak juga boleh ditiru oleh mereka.

“Sungai Sarawak luas, mengalir terus dan bersih. Ini adalah hasil pengurusan sungai yang berkesan.

“Kita dari Melaka boleh mempelajari daripada Sarawak bagaimana hendak menguruskan sungai, terutama berkaitan pengindahan sungai,” katanya.

Leave a Reply

blog comments powered by Disqus
Subscribe to NewsLetter
*Your email address:
*Enter the security code shown:
 
Follow us on
  • Polls
    • Could Taib’s cousin Norah be the next Sarawak’s Chief Minister?

      View Results

      Loading ... Loading ...