Categorized | Sarawak News, Tempatan

Email This Post Email This Post | Print This Post Print This Post

Pesilat Sarawak tidak gentar!

Persiapan intensif bagi menghadapi cabaran pada Sukan Borneo 2009 di Brunei

MIRI: Sembilan atlet silat dari Rumpun Silat Sarawak (RSS) bakal mengibarkan cabaran Sarawak pada Sukan Borneo Brunei 2009 yang akan berlangsung dari 29 November ini hingga 6 Disember depan.Daripada jumlah itu, enam merupakan atlet silat yang pernah beraksi di gelanggang Sukan Malaysia (Sukma) pada 2006 dan 2008.

Rombongan terbabit dijangka akan berangkat ke SarawakBrunei pada 28 November ini bagi berdepan cabaran yang bakal dikibarkan oleh beberapa pasukan lain seperti Brunei selaku tuan rumah, Sabah, Wilayah Persekuan Labuan dan Kalimantan Barat, Indonesia.

Menurut Mohamad Yusnan Matalie selaku pengurus pasukan, sebagai persediaan ke kejohanan itu, kesemua atlet terbabit telah berkampung di Kampung Sukan Petronas di sini sejak seminggu lalu bagi menjalani latihan intensif di bawah bimbingan jurulatih Fadzil Jamain.

“Sebagai persediaan dari segi fizikal dan mental, ke-semua sembilan atlet terbabit yang berasal dari Sibu dan Kuching telah berkampung di sini sejak lebih seminggu lalu untuk menjalani latihan intensif,” demikian menurut beliau yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak.

Beliau berkata tahun ini merupakan kali pertama sukan silat disenaraikan dalam acara Sukan Borneo yang telah dianjurkan sejak dua tahun lepas.

Justeru itu, beliau selaku pengurus pasukan tidak ingin meletakkan harapan yang terlalu tinggi memandangkan ini merupakan langkah pertama mereka pada Sukan Borneo namun beliau tetap optimis pasukan Sarawak bakal memberikan saingan dan cabaran getir kepada pasukan lawan pada kejohanan tersebut nanti.

“Saya tidak mahu menaruh harapan yang terlalu tinggi namun optimis mereka mampu meraih pingat walaupun tak pasti apakah warnanya dan yang penting mereka mampu memberi cabaran kepada lawan,” katanya.

Menurut Yusnan, pada Sukan Borneo itu nanti, pasukan Sarawak bakal beraksi dalam tiga kategori utama iaitu tunggal baku putera dan puteri, ganda putera dan puteri serta kategori regu.

Bagi kategori tunggal baku putera dan puteri serta kategori ganda putera dan puteri, Sarawak menampilkan enam atlet Sukma yang terdiri daripada Fikri Yaakup, Kamsiah Hanapi, Gadaffi Bahri Hamdan, Samsul Salleh, Nurbayani Fadzil dan Heidy Diana Suip.

Manakala bagi regu, tiga muka baru akan ditampilkan iaitu Ahmad Nazri Abu Bakar, Faiz Farhat Abas dan Mohd Zainol Wahab.

Yusman juga berkata selain memberi pendedahan kepada para atlet ini untuk beraksi di luar gelanggang Sukma, penyertaan ke Sukan Borneo ini juga merupakan persediaan mereka untuk menghadapi cabaran Sukma 2010 yang bakal dilangsungkan di Melaka kelak.

Leave a Reply

blog comments powered by Disqus
Subscribe to NewsLetter
*Your email address:
*Enter the security code shown:
 
Follow us on
  • Polls
    • Could Taib’s cousin Norah be the next Sarawak’s Chief Minister?

      View Results

      Loading ... Loading ...