Sarawak News, Tempatan - Found on mysarawak.org. Posted on Friday, November 27, 2009 - 0 Comments

Email This Post Email This Post | Print This Post Print This Post -

3RRR bersedia hadapi bencana banjir

 

Lapan buah bot dengan 25 anggota setiap platun bersedia untuk usaha membantu mangsa

SIBU: Batalion Ketiga Rejimen Renjer Diraja (3RRD) di sini telah bersiap sedia untuk menghadapi bencana banjir yang dijangka berlaku pada musim tengkujuh ini.Pegawai Memerintah 3RRD Leftenan Kolonel Wan Azni Wan Muhammad berkata, anggotanya kini sudahpun dibahagikan kepada beberapa platun untuk dikerahkan membantu mangsa banjir ketika diperlukan kelak.

“Selain persediaan anggota yang dibahagikan dalam beberapa platun, kami juga turut bersedia dari segi peralatan yang digunakan semasa menghadapi bencana banjir kelak,” katanya kepada pemberita semasa mengadakan sidang media selepas perasmian Pertandingan Battle Of The Band 3RRD yang berlangsung di Kem 3RRD Batu 14, Jalan Oya malam kelmarin.

Jelasnya, 3RRD mempunyai lapan buah bot dan mempunyai kira-kira 25 orang anggota dalam satu platun, yang bakal dikerah untuk menghadapi bencana terbabit.

“Kawasan di bawah jagaan kami adalah dari Bahagian Kapit, Song, Sibu, Selangau dan Mukah. Tetapi para anggota akan memberikan tumpuan yang lebih kepada kawasan-kawasan rendah di sekitar bandar Sibu, Kanowit sehingga ke Selangau berikutan kawasan terbabit telah dilanda banjir yang teruk pada awal tahun lalu,” katanya.

Sehubungan itu, Wan Azni menjelaskan bahawa semua anggotanya yang dikerah untuk menghadapi bencana banjir, turut dilatih dalam pelbagai cara menyelamat, selain aspek perubatan daripada badan profesional ataupun pakar sebelum ini.

“Itu termasuklah menggunakan alatan yang berkenaan termasuk alat pengesan, aktiviti penyelamat, mengendalikan bot, alat-alat perubatan dan sebagainya.

“Semua anggota telah diberi latih dan kita yakin serta bersedia untuk menghadapi banjir,” katanya sambil menambah bahawa platun akan ditambah bilangan anggotanya jika diperlukan mengikut situasi serta keadaan paras air ketika banjir berlaku.

Untuk memantau keadaan banjir di kawasan tengah ini katanya, pihaknya akan sentiasa bekerjasama dengan Pejabat Daerah Sibu serta Pejabat Residen Bahagian Sibu bagi mengetahui keadaan bencana terbabit dari semasa ke semasa.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan orang ramai yang tinggal di kawasan rendah agar berjaga-jaga dan berwaspada pada musim tengkujuh ini.

“Dan yang paling penting, kepada penduduk yang tinggal di kawasan rendah elakkan berpindah di saat-saat akhir ketika banjir melanda kerana ia menyukarkan kerja-kerja menyelamat,” tegas beliau.

Beliau turut menyeru kepada orang ramai agar tidak bersikap sambil lewa ketika musim banjir kerana ia akan membahayakan nyawa diri sendiri dan sentiasa peka dengan perkembangan semasa bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.



Share
1 Star2 Stars3 Stars4tars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...


Free advertise 1iklan.com.my
malaysian blog
Wavee - A Rewarding Auction and a Shopping Experience
mysarawak on Facebook

Random Posts

Leave a Reply

Comment

Mysarawak talk

translated version

English flagItalian flagKorean flagChinese (Simplified) flagGerman flagFrench flagSpanish flagJapanese flagDutch flagDanish flagSwedish flag 
By N2H
Email to us

Archives

Polls

Beginning Jan 1 the minimum price of a 20-pack of cigarettes has been set at RM6.40

View Results

Loading ... Loading ...
Web Solution
  • PRS tingkat mutu perkhidmatan polis
    Tuesday, March 16, 2010 - 0 Comments
  • Potential RM2b yearly from S’wak swiftlets
    Tuesday, March 16, 2010 - 0 Comments
  • No cure for autism but rehabilitation available: Doctor
    Tuesday, March 16, 2010 - 0 Comments
  • Iranian’s attempt to smuggle drugs using corset foiled
    Tuesday, March 16, 2010 - 0 Comments
  • Cap that, says proud Lotus boss
    Tuesday, March 16, 2010 - 0 Comments
  • Cops now go after negligent bikers
    Tuesday, March 16, 2010 - 0 Comments
  • Fickle weather no bother for foreign legion
    Tuesday, March 16, 2010 - 0 Comments
  • Car wash operator shot dead
    Tuesday, March 16, 2010 - 0 Comments
  • Dead power meters of Rumah Insin
    Tuesday, March 16, 2010 - 0 Comments
  • Restoran Oversea’s chain to expand abroad
    Tuesday, March 16, 2010 - 0 Comments
  • Multi-level parking areas monitored with CCTV
    Tuesday, March 16, 2010 - 0 Comments
  • Six claim cheated in multi-level marketing scheme
    Tuesday, March 16, 2010 - 0 Comments
  • Balan’s passing most unexpected: Linggi
    Tuesday, March 16, 2010 - 0 Comments
  • Malaysia’s Iron Lady to speak at seminar
    Tuesday, March 16, 2010 - 0 Comments
  • Waspada baca laman blog
    Monday, March 15, 2010 - 0 Comments
  • Promenade Hotel sets higher standards
    Monday, March 15, 2010 - 0 Comments
  • Emphatic Ferrari triumph
    Monday, March 15, 2010 - 0 Comments
  • Sabah MCA leader backs Ong
    Monday, March 15, 2010 - 0 Comments
  • Why the clamour for Ka Ting’s return?
    Monday, March 15, 2010 - 0 Comments
  • Man finds his brother dead in pool of blood
    Monday, March 15, 2010 - 0 Comments
  • SEMINAR SEHARI BERSAMA PAKAR : IKAN KELI TARIKH : 7 JUN 2010 TEMPAT : Setiu, T...
    Said syah on 2010-03-11 09:20:42
  • Comment by yao siew Lian — March 9, 2010 @ 8:03 PM | Reply 2.Ven. Phra Piya ...
    Said andy fong on 2010-03-10 22:33:13
  • Comment by yao siew Lian — March 9, 2010 @ 8:03 PM | Reply 2.Ven. Phra Piya ...
    Said andy fong on 2010-03-10 22:04:17
  • fuck the NRD!! nepotism, bribary, corrupted,pukima i know that eventhough im ye...
    Said gogoa on 2010-03-08 14:48:51
  • Selamat sejahtera, saya ingin memohon pekerjaan sebagai polis bantuan. Persoalan...
    Said Hairmie Arabi on 2010-03-06 15:42:14
  • Saya ingin memohon kerja sebagai polis bantuan… persoalan saya: 1. Dimanakah...
    Said Nazrul Farhan on 2010-02-23 20:21:23
  • Saya sangat berminat bekerja sebagai Polis Bantuan.Harap tuan Mengambil saya seb...
    Said ZUHAIRI Sungkai Parak on 2010-02-22 15:48:16
  • Oh no, he passed away? It's got to be more thn 10 years ago when i played the v...
    Said Alex on 2010-02-14 19:07:10
  • saya berminat nak jadi polis bantuan tapi lagi elok klau dpat polis betul leh x...
    Said rony mizwar on 2010-02-13 02:18:55
  • Saya berminat untuk berkhidmat untuk polis bantuan,Bagaimana masuk polis bantuan...
    Said SEE SIP KEAT on 2010-02-06 17:45:48
  • harap-harap 3G servia sampai kawasan Bau..susah la online pakai broadband tapi t...
    Said gerks on 2010-01-26 19:20:51
  • Assalamualikum n salam satu malaysia semua,saya telah memulakan ternakan keli dl...
    Said irwan on 2010-01-26 13:19:04
  • saya ingin menyetai pasukan polis bantuan atau sukarelawan di sibu sarawak magai...
    Said lee jyh boon on 2010-01-26 09:26:52
  • Sarawak perlukan perpaduan yang kukuh untuk maju....
    Said chris on 2010-01-23 23:01:09
  • Haha?!..apa lu ceta...
    Said Ejal al on 2010-01-23 22:43:45
  • Saya bekas anggota tentera laut malaysia dan saya berminat untuk berkhidmat untu...
    Said Syahrilnizan.Sabri on 2010-01-19 11:21:39
  • nk sgt cepat ..kan da cepat kena tangkap......
    Said gmie on 2010-01-18 08:51:01
  • hi sy oma.. macam mana nak dapatkan borang polis ni.....
    Said oma on 2010-01-16 09:44:47
  • sy iela... sy mmg mint nk jd polis ni tp sy tak tahu kat mana nk daptkn borng.....
    Said iela on 2010-01-09 13:53:01
  • jual hormon untuk penbenirhan ikan keli dan lain lain ikan air tawar . sila hub...
    Said ong on 2010-01-07 11:07:37
  • Subscribe Newsletter to get update, notification

    *Your email address:
    *Enter the security code shown:
     

    Find us on twitter

    mysarawak.org on twitter

    Berita Tempatan, Sarawak News - Mar 16, 2010 - 0 Comments

    PRS tingkat mutu perkhidmatan polis

    More In Sarawak News


    Iban, Sarawak News - Dec 30, 2009 - 0 Comments

    Begandin ngemajuka Sarawak

    More In Iban


    Sarawak News, Tempatan - Dec 30, 2009 - 0 Comments

    Pemburu haram ditahan

    More In Tempatan