Categorized | Sarawak News, Tempatan

Email This Post Email This Post | Print This Post Print This Post

Empat kenderaan hilang dalam tempoh 48 jam

SIBU: Sebanyak empat kes kecurian kenderaan dilaporkan berlaku di sini dalam tempoh 48 jam lepas.Keempat-empat kes berkenaan membabitkan dua kenderaan jenis pacuan empat roda yang dianggarkan bernilai RM500,000 serta dua kereta yang masing-masing bernilai RM25,000 dan RM10,000.

Kejadian pertama membabitkan kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Ninja King berwarna hitam, yang dianggarkan berharga RM200,000.

Pemiliknya yang berusia 32 tahun dan bekerja di sebuah limbungan kapal di sini mendakwa kejadian itu disedari berlaku kira-kira jam 10.45 pagi kelmarin.

Terdahulu sebelum kejadian, mangsa mendakwa kenderaan tersebut ditinggalkan di tempat letak kereta berhampiran sebuah hotel di Jalan Kampung Dato.

Manakala sebuah lagi kenderaan pacuan yang dilaporkan hilang, dicuri ketika ditinggalkan di tempat letak kereta di luar rumahnya.

Pemiliknya yang berusia 34 tahun mendakwa kejadian itu berlaku pada malam Sabtu lepas dan hanya disedari hilang kira-kira jam 6.00 pagi keesokan harinya.

Selain itu, pencuri yang turut bertindak memecah masuk ke dalam rumahnya melalui tingkap turut melarikan sebuah telefon bimbit yang dianggarkan berharga RM2,000.

Kejadian ketiga membabitkan sebuah kereta jenis Proton Waja milik seorang pegawai penguat kuasa di sini.

Mangsa yang berusia 27 tahun mendakwa kejadian disedari berlaku kira-kira jam 11.30 pagi, Sabtu lalu.

Terdahulu sebelum kejadian, kenderaan yang dianggarkan berharga RM25,000 itu ditinggalkan di tempat letak kereta di Jalan Kampung Nyabor, berhampiran dengan sebuah hotel.

Sementara kejadian keempat melibatkan sebuah kereta milik seorang guru yang dianggarkan berharga RM10,000.

Mangsa yang berusia 56 tahun dan tinggal di Jalan Tong Sang, mendakwa kejadian berlaku kira-kira jam 7.00 pagi, setelah mendapati kereta jenis Honda Civic miliknya yang diparkirkan di luar rumah hilang.

Leave a Reply

blog comments powered by Disqus
Subscribe to NewsLetter
*Your email address:
*Enter the security code shown:
 
Follow us on
  • Polls
    • Could Taib’s cousin Norah be the next Sarawak’s Chief Minister?

      View Results

      Loading ... Loading ...