Tempatan - Found on mysarawak.org. Posted on Monday, November 23, 2009 - 0 Comments

Email This Post Email This Post | Print This Post Print This Post -

Sasaran menarik pelaburan

 

Najib akan menggunakan kesempatan di New York untuk “menjual” bagi meningkatkan pelaburan Amerika di M’sia

NEW YORK: Lawatan Datuk Seri Najib Tun Razak ke New York mulai Ahad akan membuka laluan bagi anjakan baru dalam hubungan antara Malaysia dan Amerika Syarikat, terutamanya dalam bidang ekonomi, demikian menurut kalangan para diplomat.Perdana Menteri Malaysia akan menggunakan kesempatan masanya di New York untuk “menjual” bagi meningkatkan pelaburan Amerika di negara-negara Asia Tenggara.

Bagi Duta Malaysia ke Amerika yang baru dilantik Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis, lawatan Perdana Menteri ke negara itu amat mengujakannya.

“Perdana Menteri telah bersedia untuk memberikan maklumat kepada para pelabur Amerika dan ketuaketua perkhidmatan industri kewangan mengenai dasardasar baru serta langkah dan tindakan yang diperkenalkan Malaysia dalam usahanya untuk menjadikan negara sebagai destinasi utama pelaburan,” kata Jamaluddin kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan Najib.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, dijadual berada di New York dan Washington dari 22 hingga 25 Nov sebelum berlepas ke Trinidad dan Tobago untuk menghadiri Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel.

Menurut Jamaluddin, Perdana Menteri berhasrat untuk membina “jambatan baru” antara Kuala Lumpur dan Washington yang boleh merangsang hubungan ekonomi, perdagangan dan pelaburan di antara kedua-dua negara.

Amerika merupakan rakan dagang terbesar Malaysia manakala Malaysia menduduki tempat ke-16 rakan dagang terbesar Amerika. Laporan menunjukkan dagangan dua hala tahunan telah melepasi paras US$40 bilion.

Duta itu berbicara tentang tindakan Najib meliberalisasikan 27 subsektor dalam sektor perkhidmatan, antara lain untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang lebih menarik bagi para pelabur.

Jamaluddin berkata Perdana Menteri akan dapat melihat sendiri akan keadaan ekonomi Amerka semasa lawatannya ke New York, yang disifatkan oleh duta itu sebagai nadi aktiviti kewangan ekonomi dunia.

Duta Malaysia ke Amerika itu, yang merupakan bekas menteri kabinet, dilantik sebagai duta ke Amerika pada 4 Nov berkata krisis kewangan global mungkin memberi kesan teruk kepada Amerika, namun terdapat tanda-tanda ia semakin pulih.

Langkah-langkah bagi merangsang sektor kewangan dan ekonomi Amerika telah mula menampakkan hasil, katanya.

“Contohnya, banyak bank di Amerika telah berupaya membayar balik pinjaman kerajaan yang diberikan kepada mereka semasa kemuncak krisis kewangan,” katanya.

Najib mempunyai jadual padat pada Isnin, termasuk mengadakan perjumpaan dengan para pelabur yang diatur oleh CIMB dan Credit Suisse First Boston (CSFB).

Perdana Menteri dijadual menemui ahli perbankan dan pembiaya kewangan Amerika pada jamuan tengah hari yang dianjurkan bersama CSFB, JP Morgan dan Barclays Bank. Pemimpin nombor satu Malaysia itu turut dijadual mengadakan perbincangan dengan Gene Delaney, Presiden Motorola Enterprise Mobility Solutions serta Steve Forbes, Presiden Forbes Inc.

Najib juga akan mengadakan pertemuan dengan rakyat Malaysia yang menetap di New York dan Washington. Satu jamuan malam dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsabangsa Bersatu Ban Ki-moon turut tercatat dalam jadual aturcara Najib.

Menurut Jamaluddin, masyarakat pelabur dan kewangan Amerika percaya ini merupakan masa yang baik bagi Perdana Menteri untuk berada di bandar raya ini dan berkongsi pandangan dengan mereka di tengah-tengah petunjuk mengenai pemulihan ekonomi Amerika.

“Ia merupakan masa sesuai bagi beliau menjelaskan mengenai langkah-langkah dan dasar-dasar yang diambil Malaysia untuk meningkatkan iklim pelaburan dengan harapan syarikat-syarikat Amerika sedia ada dan yang baru akan memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan mereka,” katanya.

Duta Malaysia itu turut menyatakan mengenai rancangan untuk menghidupkan semula Kaukus Kerjasama Dagangan, Keselamatan dan Ekonomi Malaysia.

“Pemimpin Malaysia dan Amerika mungkin mempunyai hubungan yang baik tetapi kita tidak boleh meminggirkan usaha-usaha di peringkat perundangan bagi mengukuhkan hubungan di antara kedua-dua negara,” katanya.

Satu jamuan malam dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Ban Ki-moon turut tercatat dalam jadual aturcara Najib.

Menurut Jamaluddin, masyarakat pelabur dan kewangan Amerika percaya ini merupakan masa yang baik bagi Perdana Menteri untuk berada di bandar raya ini dan berkongsi pandangan dengan mereka di tengah-tengah petunjuk mengenai pemulihan ekonomi Amerika.

“Ia merupakan masa sesuai bagi beliau menjelaskan mengenai langkah-langkah dan dasar-dasar yang diambil Malaysia untuk meningkatkan iklim pelaburan dengan harapan syarikat-syarikat Amerika sedia ada dan yang baru akan memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan mereka,” katanya.

Duta Malaysia itu turut menyatakan mengenai rancangan untuk menghidupkan semula Kaukus Kerjasama Dagangan, Keselamatan dan Ekonomi Malaysia.

“Pemimpin Malaysia dan Amerika mungkin mempunyai hubungan yang baik tetapi kita tidak boleh meminggirkan usaha-usaha di peringkat perundangan bagi mengukuhkan hubungan antara kedua-dua negara,” katanya. — Bernama



Share
1 Star2 Stars3 Stars4tars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...


botox for celebrity
Free advertise 1iklan.com.my
malaysian blog
Wavee - A Rewarding Auction and a Shopping Experience
mysarawak on Facebook

Random Posts

Leave a Reply

Comment

Mysarawak talk

translated version

English flagItalian flagKorean flagChinese (Simplified) flagGerman flagFrench flagSpanish flagJapanese flagDutch flagDanish flagSwedish flag 
By N2H
Email to us

Archives

Polls

Beginning Jan 1 the minimum price of a 20-pack of cigarettes has been set at RM6.40

View Results

Loading ... Loading ...
Web Solution
  • Kerajaan belanja RM96 juta untuk tampung subsidi pengangkutan
    Tuesday, February 9, 2010 - 0 Comments
  • OCBC opens first Islamic branch in southern region
    Tuesday, February 9, 2010 - 0 Comments
  • KTS holds CNY gathering for staff
    Tuesday, February 9, 2010 - 0 Comments
  • Puteri Umno urged to up membership to prepare for polls
    Tuesday, February 9, 2010 - 0 Comments
  • Family of six burnt to death in horrific car crash
    Tuesday, February 9, 2010 - 0 Comments
  • Najib M’sia’s ‘secret weapon’
    Tuesday, February 9, 2010 - 0 Comments
  • Four main factors to carry out agenda: PM
    Tuesday, February 9, 2010 - 0 Comments
  • Farm owner, man abducted by armed men
    Tuesday, February 9, 2010 - 0 Comments
  • AmBank continues growth momentum
    Tuesday, February 9, 2010 - 0 Comments
  • Misbun wants more from Beng Hong
    Tuesday, February 9, 2010 - 0 Comments
  • Govt may reduce doctors’ compulsory service: Liow
    Monday, February 8, 2010 - 0 Comments
  • Neighbourhood watch ensures security: Yong
    Monday, February 8, 2010 - 0 Comments
  • People’s support vital to achieve Vision 2020
    Monday, February 8, 2010 - 0 Comments
  • Four shops in Wayang Street destroyed by fire
    Monday, February 8, 2010 - 0 Comments
  • Avoid too much sugar intake, consumers told
    Monday, February 8, 2010 - 0 Comments
  • Jabu to Anwar: Come see Sarawak’s progress
    Monday, February 8, 2010 - 0 Comments
  • Moving house the ‘usung’ way
    Monday, February 8, 2010 - 0 Comments
  • Unimas holds CNY Fest
    Monday, February 8, 2010 - 0 Comments
  • L’Oreal does its part to help Haiti quake victims
    Monday, February 8, 2010 - 0 Comments
  • 15 held for consuming liquor, 11 for committing close proximity
    Monday, February 8, 2010 - 0 Comments
  • Saya berminat untuk berkhidmat untuk polis bantuan,Bagaimana masuk polis bantuan...
    Said SEE SIP KEAT on 2010-02-06 17:45:48
  • Hallo Leute, eine wirklich gelungene Homepage!!! Weiter so. Viele Grüße vom Sch...
    Said Birgit Gosch on 2010-02-03 04:01:28
  • harap-harap 3G servia sampai kawasan Bau..susah la online pakai broadband tapi t...
    Said gerks on 2010-01-26 19:20:51
  • Assalamualikum n salam satu malaysia semua,saya telah memulakan ternakan keli dl...
    Said irwan on 2010-01-26 13:19:04
  • saya ingin menyetai pasukan polis bantuan atau sukarelawan di sibu sarawak magai...
    Said lee jyh boon on 2010-01-26 09:26:52
  • Sarawak perlukan perpaduan yang kukuh untuk maju....
    Said chris on 2010-01-23 23:01:09
  • Haha?!..apa lu ceta...
    Said Ejal al on 2010-01-23 22:43:45
  • Saya bekas anggota tentera laut malaysia dan saya berminat untuk berkhidmat untu...
    Said Syahrilnizan.Sabri on 2010-01-19 11:21:39
  • nk sgt cepat ..kan da cepat kena tangkap......
    Said gmie on 2010-01-18 08:51:01
  • hi sy oma.. macam mana nak dapatkan borang polis ni.....
    Said oma on 2010-01-16 09:44:47
  • sy iela... sy mmg mint nk jd polis ni tp sy tak tahu kat mana nk daptkn borng.....
    Said iela on 2010-01-09 13:53:01
  • jual hormon untuk penbenirhan ikan keli dan lain lain ikan air tawar . sila hub...
    Said ong on 2010-01-07 11:07:37
  • Hai...kepada mereka yang berminat untuk menjadi Polis Bantuan ..pihak Jabatan Pe...
    Said zairos on 2010-01-06 11:02:52
  • Ein Kompliment für diese tolle Seite. Eigentlich bin ich durch Zufall darauf ge...
    Said Germany Sylt on 2010-01-04 02:52:37
  • Students will receive more an additional information about this good topic, if ...
    Said Lisa18 on 2010-01-03 14:59:27
  • alahai.. amcm mw jadik polis bantuan.. saya beminat sungguh.. saya seorang pen...
    Said maxto on 2010-01-01 19:47:57
  • asalamualaikum apa khabar pada budak smk tun abang haji openg pada tahun 2004-2...
    Said nurul isma nadiya on 2009-12-31 14:39:18
  • Acknowledge you, friends, for yur sharing your ideas....
    Said John Jads on 2009-12-28 22:12:12
  • It doesn't accomplish faculty guven the timee line, but it looks air-conditioned...
    Said Mr. LirJads on 2009-12-27 06:07:15
  • to Mark Liao : information of rearing catfish...
    Said voon king fatt on 2009-12-26 19:50:34
  • Subscribe Newsletter to get update, notification

    *Your email address:
    *Enter the security code shown:
     

    Find us on twitter

    mysarawak.org on twitter

    Berita Tempatan, Sarawak News - Feb 9, 2010 - 0 Comments

    Kerajaan belanja RM96 juta untuk tampung subsidi pengangkutan

    More In Sarawak News


    Iban, Sarawak News - Dec 30, 2009 - 0 Comments

    Begandin ngemajuka Sarawak

    More In Iban


    Sarawak News, Tempatan - Dec 30, 2009 - 0 Comments

    Pemburu haram ditahan

    More In Tempatan