Categorized | Tempatan

Email This Post Email This Post | Print This Post Print This Post

Lima anggota polis dakwa peguam enggan bersurai

KUALA LUMPUR: Lima pegawai dan anggota polis yang memberi keterangan dalam siasatan awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) di sini semalam memberitahu bahawa lima peguam ditangkap kerana enggan mematuhi amaran supaya bersurai dan meninggalkan perhimpunan haram.DSP Judy Blacious a/l A.F Pereira, Insp Azlina Norzali, Lans Koperal Shari Dewa, Konstabel Nor Balkhis Mat Zain dan Konstabel Fauziah Che Mustapha, dalam keterangan berasingan, berkata amaran itu diberi oleh Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid sebanyak tiga kali.

Judy Blacious, yang dipanggil sebagai saksi ke-11, berkata daripada 15 hingga 20 orang yang menyertai perhimpunan itu, seramai enam orang telah ditangkap.

Lima peguam yang ditahan itu adalah Puspawati Rosman, Fadiah Nadwa Fikri, Murnie Hidayah Anuar, Ravinder Singh Dhalliwal dan Syuhaini Safwan, manakala seorang lagi ialah wartawan akhbar Suara Keadilan, Law Teck Hao.

Judy Blacious berkata beliau yakin bahawa perhimpunan pada 7 Mei lepas adalah rentetan daripada perhimpunan sehari sebelumnya yang memprotes penahanan seorang penulis blog, Wong Chin Huat, di balai berkenaan.

Beliau berkata, kira-kira jam 9.25 malam pada 7 Mei, polis menahan 14 orang pada sesi pertama perhimpunan dan ketika itu, suasana agak kelam kabut ekoran keengganan mereka bekerjasama selain ada yang melaungkan “polis pukul” berkali-kali walaupun ia tidak berlaku.

Dalam sesi kedua perhimpunan pula, Judy Blacious berkata suasana tegang juga berlaku dan hanya enam ditangkap apabila enggan akur kepada arahan supaya bersurai.

Siasatan awam itu, yang bermula 14 Ogos lepas, dipengerusikan oleh Datuk Muhammad Shafee Abdullah dan dibantu pesuruhjaya Suhakam Datuk Dr Michael Yeoh dan Datuk Dr Denison Jayasooria.

Ia diadakan bagi menentukan, antara lain, sama ada penangkapan dan penahanan lima peguam itu di Balai Polis Brickfields menyebabkan penafian representasi undang-undang dan pelanggaran Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 28 Kanun Prosedur Jenayah, dan dengan itu telah mencabuli hak asasi manusia.

Kesemua peguam yang ditangkap itu dibebaskan keesokannya.

Sementara itu, ketika diminta menceritakan keadaan ketika kejadian itu, kesemua saksi berkenaan memberitahu bahawa pekarangan balai polis dalam keadaan kelam kabut, bising dan perhimpunan itu mengundang berlakunya kesesakan lalu-lintas.

Inkuiri itu, yang diadakan di Bilik Inkuiri Suhakam di Tingkat 29, Menara Tun Razak, akan disambung pada 20 dan 21 Disember.
— Bernama

Leave a Reply

blog comments powered by Disqus
Subscribe to NewsLetter
*Your email address:
*Enter the security code shown:
 
Follow us on
  • Polls
    • Could Taib’s cousin Norah be the next Sarawak’s Chief Minister?

      View Results

      Loading ... Loading ...