Sarawak News, Tempatan - Found on mysarawak.org. Posted on Saturday, November 21, 2009 - 0 Comments

Email This Post Email This Post | Print This Post Print This Post -

Liverpool terdesak bangkit kembali

 

Kekalahan kepada City malam ini hanya akan tingkatkan tekanan Benitez
LONDON, England: Keupayaan Liverpool untuk menghidupkan kembali impian kejuaraan yang semakin malap bakal diuji malam ini (Sabtu) apabila mereka menanti kunjungan Manchester City di Anfield.Perlawanan tumpuan Liga Perdana Inggeris hujung minggu ini itu pastinya memberikan implikasi penting terhadap peluang anak-anak buah Rafael Benitez itu untuk bangkit semula bagi menempatkan diri kembali ke kedudukan empat tangga teratas liga selain mengelak kesan kewangan yang amat besar sekiranya gagal layak ke kejohanan Liga Juara-Juara pada musim hadapan.

Peneraju liga, Chelsea dijangka akan mengukuhkan lagi kedudukan yang diperolehi ekoran kemenangan kontroversi ke atas Manchester United sebelum rehat antarabangsa sekiranya mereka mampu mengenepikan cabaran pasukan tercorot, Wolves di Stamford Bridge malam ini.

United, yang sudah ketinggalan lima mata di belakang Chelsea, mempunyai tugas yang lebih sukar apabila menanti kunjungan

Everton sementara Arsenal akan bermain tanpa penjaring utamanya, Robin van Persie untuk perlawanan di Sunderland.

City, kelab kaya baru dalam Liga Perdana Inggeris, bersama-sama dengan Tottenham Hotspur dan Aston Villa, merupakan salah satu pasukan mampu menafi kan kedudukan Liverpool di empat tangga teratas liga musim ini selepas anak-anak buah Benitez itu mengalami lima kekalahan liga setakat musim ini dan terdesak untuk mula mendapatkan sedikit rentak kebangkitan.

Satu lagi kekalahan di laman sendiri malam ini hanya akan menyemarakkan lagi krisis di kelab berkenaan namun Benitez tetap yakin mereka mampu memulihkan nasib mereka dalam kempen musim ini.

“Kita harus melihat gambaran yang lebih besar,” tegas pengurus dari Sepanyol itu. “Kita semua tahu kami berdepan beberapa masalah dan kami juga melakukan beberapa kesilapan namun masih lagi kami begitu hampir.

“Mungkin kami boleh memulakan musim sekarang. Kemenangan ke atas City pastinya satu perangsang bagi semua orang dan jika itu berlaku, kita bakal melihat yang terbaik daripada skuad ini.

“Saya serasegalanya akan berubah sepenuhnya jika kami menang ke atas City selepas rehat antarabangsa. Musim ini boleh menjadi baik jika kami bermain dengan sebaik mungkin.”

Kepulangan Steven Gerrard ke dalam kesebelasan utama seharusnya membantu menyemarakkan kebangkitan itu dengan kapten Liverpool itu mendapat kelebihan dengan rehat dua minggu kerana jadual perlawanan antarabangsa.

Walaupun cedera, Gerrard tetap diturunkan dari bangku simpanan dan menjaringkan gol penting menerusi sepakan penalti kontroversi ketika mengikat Birmingham pada awal bulan ini.

Gerrard berkata: “Saya memerlukan dua atau tiga hari untuk kembali pulih daripada perlawanan itu namun saya banyak meluangkan masa sepanjang minggu lepas mengembalikan kecergasan dan saya terasa lebih cergas sekarang. Saya tidak sabar untukk bermain pada hujung minggu ini.”

Glen Johnson dan Daniel Agger juga sudah kembali daripada kecederaan tetapi penyerang utama mereka, Fernando Torres dijangka tidak akan dapat diturunkan kerana kecederaan betis dan Benitez kelihatan masih keberatan untuk mengambil risiko menurunkan pemain barunya yang bernilai 20 juta, Alberto Aquilani.

Pemain tengah antarabangsa Itali itu masih belum bermain dalam kesebelasan utama untuk Liverpool dan berharap untuk melupakan enam bulan penuh kecederaan sebelum ini.

“Beliau sangat positif dan mahu membantu pasukan sekarang tetapi kami tidak akan mengambil sebarang risiko ketika ini,” demikian menurut Benitez.

Aquilani, yang dibeli untuk mengisi kekosongan berikutan perpindahan Xabi Alonso ke Real Madrid, dilihat akan bermula di bangku simpanan malam ini namun Benitez yakin beliau akan membuktikan keupayaannya kepada para penyokong Liverpool.

“Anda boleh melihat dalam apa jua yang dilakukannya bahawa beliau sememangnya memiliki kualiti,” tambah pengurus dari Sepanyol itu. “Beliau tahu bila melakukan hantaran pada masa yang betul dan kepada pemain yang betul, beliau membuat keputusan yang baik dalam padang.”
City, yang tercicir dari empat tangga teratas selepas seri lima perlawanan terakhir, pastinya berharap penyerang antarabangsa Brazil, Robinho akan kembali bermain di Anfi eld malam ini, walaupun bukan dalam kesebelasan utama.

Robinho menghampiri tahap kecergasan sebenar selepas dua bulan berehat kerana kecederaan pergelangan kaki.

Juara bertahan, United pula akan mengalu-alukan kepulangan Nemanja Vidic untuk perlawanan menentang Everton selepas beliau bermain 70 minit pada perlawanan persahabatan antarabangsa ketika Serbia menewaskan Korea Selatan 1-0 pada perlawanan pertengahan minggu. Gandingannya di pertahanan tengah, Rio Ferdinand bagaimanapun masih akan digugurkan kerana kecederaan betis.

Everton bergelut setakat musim ini tetapi pemain tengahnya, Tim Cahill berharap satu peningkatan ketika krisis kecederaan dalam pasukan itu semakin berkurangan.

“Kami sudah tercicir dalam beberapa minggu terakhir tetapi sekarang kami boleh menurunkan semua pemain yang cedera, bekerja keras dan meningkatkan keyakinan,” kata Cahill.

“Saya fi kir kesungguhan pemain itu ada. Kami sememangnya cukup bagus. Persoalannya sekarang adalah sama ada kami mampu melakukannya atau tidak.”

Tottenham meupakan satu-satunya kelab dalam empat pasukan teratas yang tidak bermain pada malam ini apabila menanti kunjungan Wigan di White Hart Lane keesokannya (Ahad).

Pengurus Spurs, Harry Redknapp tidak percaya pasukannya boleh secara realistiknya mencabar kejuaraan liga tetapi beliau tidak melihat sebarang sebab mereka tidak mampu mempertahankan kedudukan dalam empat tangga teratas liga. “Liverpool perlu banyak berusaha sementara Manchester City, Aston Villa, kami sendiri dan Everton akan memburu tempat beraksi dalam bola sepak Eropah,” ramal Redknapp.

“Salah satu daripada kami mampu memecah tradisi tahun ini namun saingan kejuaraan mungkin hanya akan melibatkan Chelsea dan Manchester United.” — AFP



Share
1 Star2 Stars3 Stars4tars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...


Free advertise 1iklan.com.my
malaysian blog
Wavee - A Rewarding Auction and a Shopping Experience
mysarawak on Facebook

Random Posts

Leave a Reply

Comment

Mysarawak talk

translated version

English flagItalian flagKorean flagChinese (Simplified) flagGerman flagFrench flagSpanish flagJapanese flagDutch flagDanish flagSwedish flag 
Email to us

Archives

Polls

Beginning Jan 1 the minimum price of a 20-pack of cigarettes has been set at RM6.40

View Results

Loading ... Loading ...
Web Solution
  • Suspected latex robbery gang leader remanded
    Monday, March 22, 2010 - 0 Comments
  • SMK Agama Miri struck by second fire incident
    Monday, March 22, 2010 - 0 Comments
  • S’wakian among four M’sian students who excelled in Adelaide
    Monday, March 22, 2010 - 0 Comments
  • Painting their way into the country’s longest canvas painting
    Monday, March 22, 2010 - 0 Comments
  • ‘Three-kingdom’ contest in MCA?
    Monday, March 22, 2010 - 0 Comments
  • Exercises for eye health
    Sunday, March 21, 2010 - 0 Comments
  • Rethink on development
    Sunday, March 21, 2010 - 0 Comments
  • Finding the right scents
    Sunday, March 21, 2010 - 0 Comments
  • The Anglo-Chinese School Ipoh – from a Buntong New Village Kid
    Sunday, March 21, 2010 - 0 Comments
  • The writing is on the wall
    Sunday, March 21, 2010 - 0 Comments
  • Opportunity for MCA to end long-drawn crisis
    Sunday, March 21, 2010 - 0 Comments
  • Lima maut, lima lagi parah
    Sunday, March 21, 2010 - 0 Comments
  • Snapshots of success
    Sunday, March 21, 2010 - 0 Comments
  • Girls’ doubles title stays in Asia
    Sunday, March 21, 2010 - 0 Comments
  • I will not pull out from contest — Tee Keat
    Sunday, March 21, 2010 - 0 Comments
  • Rural devt will not be left behind in NEM, Najib assures
    Sunday, March 21, 2010 - 0 Comments
  • Respect religious beliefs of other people — Jabu
    Sunday, March 21, 2010 - 0 Comments
  • Murugiah: Plight not forgotten
    Sunday, March 21, 2010 - 0 Comments
  • Aim to become suppliers, Dayaks told
    Sunday, March 21, 2010 - 0 Comments
  • Creating country’s latest rice bowl under 10MP — Rohani
    Sunday, March 21, 2010 - 0 Comments
  • how 2 bcum police officer........
    Said hanu on 2010-03-21 21:26:02
  • SEMINAR SEHARI BERSAMA PAKAR : IKAN KELI TARIKH : 7 JUN 2010 TEMPAT : Setiu, T...
    Said syah on 2010-03-11 09:20:42
  • Comment by yao siew Lian — March 9, 2010 @ 8:03 PM | Reply 2.Ven. Phra Piya ...
    Said andy fong on 2010-03-10 22:33:13
  • Comment by yao siew Lian — March 9, 2010 @ 8:03 PM | Reply 2.Ven. Phra Piya ...
    Said andy fong on 2010-03-10 22:04:17
  • fuck the NRD!! nepotism, bribary, corrupted,pukima i know that eventhough im ye...
    Said gogoa on 2010-03-08 14:48:51
  • Selamat sejahtera, saya ingin memohon pekerjaan sebagai polis bantuan. Persoalan...
    Said Hairmie Arabi on 2010-03-06 15:42:14
  • Saya ingin memohon kerja sebagai polis bantuan… persoalan saya: 1. Dimanakah...
    Said Nazrul Farhan on 2010-02-23 20:21:23
  • Saya sangat berminat bekerja sebagai Polis Bantuan.Harap tuan Mengambil saya seb...
    Said ZUHAIRI Sungkai Parak on 2010-02-22 15:48:16
  • Oh no, he passed away? It's got to be more thn 10 years ago when i played the v...
    Said Alex on 2010-02-14 19:07:10
  • saya berminat nak jadi polis bantuan tapi lagi elok klau dpat polis betul leh x...
    Said rony mizwar on 2010-02-13 02:18:55
  • Saya berminat untuk berkhidmat untuk polis bantuan,Bagaimana masuk polis bantuan...
    Said SEE SIP KEAT on 2010-02-06 17:45:48
  • harap-harap 3G servia sampai kawasan Bau..susah la online pakai broadband tapi t...
    Said gerks on 2010-01-26 19:20:51
  • Assalamualikum n salam satu malaysia semua,saya telah memulakan ternakan keli dl...
    Said irwan on 2010-01-26 13:19:04
  • saya ingin menyetai pasukan polis bantuan atau sukarelawan di sibu sarawak magai...
    Said lee jyh boon on 2010-01-26 09:26:52
  • Sarawak perlukan perpaduan yang kukuh untuk maju....
    Said chris on 2010-01-23 23:01:09
  • Haha?!..apa lu ceta...
    Said Ejal al on 2010-01-23 22:43:45
  • Saya bekas anggota tentera laut malaysia dan saya berminat untuk berkhidmat untu...
    Said Syahrilnizan.Sabri on 2010-01-19 11:21:39
  • nk sgt cepat ..kan da cepat kena tangkap......
    Said gmie on 2010-01-18 08:51:01
  • hi sy oma.. macam mana nak dapatkan borang polis ni.....
    Said oma on 2010-01-16 09:44:47
  • sy iela... sy mmg mint nk jd polis ni tp sy tak tahu kat mana nk daptkn borng.....
    Said iela on 2010-01-09 13:53:01
  • Subscribe Newsletter to get update, notification

    *Your email address:
    *Enter the security code shown:
     

    Find us on twitter

    mysarawak.org on twitter

    Local, Sarawak News - Mar 22, 2010 - 0 Comments

    Suspected latex robbery gang leader remanded

    More In Sarawak News


    Iban, Sarawak News - Dec 30, 2009 - 0 Comments

    Begandin ngemajuka Sarawak

    More In Iban


    Sarawak News, Tempatan - Dec 30, 2009 - 0 Comments

    Pemburu haram ditahan

    More In Tempatan